Berita
Bengkel Tak Kenal Maka Tak Erat Perkukuh Ukhuwah Pemegang Ijazah Kedoktoran

PAGOH: Bengkel Tak Kenal Maka Tak Erat telah dilaksanakan oleh Timbalan Dekan Pembangunan, Penyelidikan dan Penerbitan (TDPPP), Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Ts Dr Hazlini binti Dzinun bagi mengeratkan ukhuwah dan berkongsi kelebihan staf akademik yang memiliki ijazah kedoktoran (PhD) di CeDS.
Objektif bengkel ini adalah untuk melihat kekuatan staf berdasarkan dimana universiti mereka bergraduan bagi pengajian di peringkat PhD.
Antara kekuatan yang dikongsi hasil daripada perbincangan dalam kumpulan mengikut kluster alumni universiti, kelebihan alumni PhD Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) adalah mereka mempunyai peluang yang banyak untuk mendapatkan pelajar pasca siswazah melalui penyelia PhD mereka di UTHM.
Selain itu, mereka juga mengenali ramai staf di fakulti-fakulti yang ada di UTHM untuk berkolaborasi. Begitu juga alumni PhD dari Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Utara Malaysia (UUM).
Mereka mempunyai ruang kolaborasi dari segi penerbitan bersama dimana mereka boleh menjadi penulis pertama UTHM. Kelebihan yang dimiliki oleh setiap staf akademik perlu digunakan sebaiknya dalam memajukan CeDS secara khusus dan UTHM secara amnya.
Bengkel ini disertai oleh 15 orang staf akademik dari 34 orang yang dijemput khusus oleh TDPPP.
Staf akademik di CeDS mempunyai kepakaran yang perlu disebarluaskan kepada pihak fakulti agar kepakaran yang mereka ada boleh dijadikan sebagai ukuran agar dilantik sebagai penyelia bersama atau panel penilai bagi pelajar siswazah.
Bengkel ini berlangsung pada 13 Ogos 2023 selama 2 jam.
Bengkel ini akan diteruskan lagi kepada siri berikutnya agar kesinambungan objektif bengkel ini dapat dicapai melalui strategi-strategi yang disusun bagi mempromosikan kepakaran staf akademik di CeDS.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
