Berita
Inovasi CeDS Cemerlang di International Learning Resources Festival (ILRF) 2023

KUALA LUMPUR: Gabungan pensyarah dan pelajar Jabatan Teknologi Maklumat, Pusat Pengajian Diploma, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mencipta kejayaan yang membanggakan apabila berjaya meraih tempat ketiga di International Learning Resources Festival (ILRF) 2023 anjuran International Medical University (IMU) pada 8 dan 9 November 2023 bertempat di Dewan Canselori IMU. Kejayaan ini melayakkan pasukan dari UTHM ini membawa pulang hadiah RM500.
Bertemakan “AI CHANGES EDUCATION: EDUCATION CHANGES HUMAN”, festival ini telah berjaya menarik penyertaan lebih daripada 200 yang melibatkan dua kategori iaitu Profesional dan Sekolah. Penjurian telah dibuat dalam dua peringkat. Peringkat pertama, setiap projek dinilai oleh dua orang juri menerusi poster dan video pembentangan. Daripada 200 penyertaan, hanya 20 penyertaan terbaik kategori profesional dijemput untuk membuat pembentangan secara fizikal di IMU. Pada peringkat kedua ini, penilaian dibuat oleh tiga orang juri yang mempunyai kepakaran dalam bidang Pendidikan. Ahli pasukan UTHM yang terdiri daripada Ts. Inv. Dr. Rafizah binti Mohd Hanifa (Ketua), Ts. Dr. Shamsul bin Mohamad, Aiman Hanif bin Dolah, Amierrul Farish bin Osfairulazmir, dan Atikah binti Azudin telah mempertaruhkan tajuk projek “Breaking Barriers With "Mari Belajar PAI": AR and VR Revolution in Islamic Education for Hearing-impaired Children” membuktikan projek pelajar Diploma Teknologi Maklumat, CeDS juga mampu memberi impak yang besar kepada komuniti kanak-kanak ketidakupayaan pendengaran. Semoga sumbangan kecil ini menjadi jariah yang berpanjangan.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
