Berita
Realisasikan Sekolah Selamat dan Sihat Melalui SULAM

PAGOH: The Safety Squad dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM), CeDS UTHM telah berjaya menjalankan projek SULAM CeDS bagi 2023 dengan tajuk program Sekolah Selamat dan Sihat.
Program SULAM ini telah disertai seramai 50 orang pelajar tahun 2 Diploma Kejuruteraan Mekanikal dan diiringi seramai 21 orang pensyarah dari JKM. Program kali ini dijalankan di Kolej Vokasional Pagoh yang terletak di Jalan Rechong-Gombang, Pagoh. Lokasi ini dipilih kerana kawasannya yang luas dengan landskap pertanian dan bengkel kejuruteraan yang mana sedikit berlainan dari lokasi sebelum ini.
Tujuan utama program SULAM di Kolej Vokasional Pagoh ini adalah untuk menjalankan kajian risiko keselamatan dan kesihatan bagi memenuhi keperluan kursus Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DAM23102) bagi program DAM. Pelajar JKM diagihkan kepada 10 lokasi dan setiap kumpulan akan melakukan kajian pemeriksaan risiko yang dikenal pasti untuk diisi di dalam borang HIRARC.
Sekalung tahniah kepada Puan Nurmina Abdullah selaku Pengarah Program beserta barisan pensyarah JKM yang telah banyak membantu dan memberi komitmen sepenuhnya bagi menjayakan program ini.
Semestinya program ini telah berjaya mewujudkan persekitaran kerjasama antara pelajar, pensyarah dan pihak kolej. Melalui aktiviti pembelajaran dan perundingan berterusan, universiti berfungsi sebagai pemangkin untuk pelaksanaan program.
Pelajar JKM berhasil untuk dilatih bagi membangunkan rangkaian dengan pihak lain, mengurus program, dan menilai keperluan dan kejayaan projek menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh melalui kursus ini.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
