Berita
Kumpulan Fokus Sustainable and Renewable Resources Research Group (SURE) Lawat Makmal Genomik 1, UKM

BANGI: Kumpulan Fokus Sustainable and Renewable Resources Research Group (SURE), Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah mengadakan lawatan ke Makmal Genomik 1, Blok Penyelidikan Makmal Biologi Molekul untuk mendapatkan perkongsian berkenaan teknik pengesanan ciri antimikrob bahan semula jadi dan bahan nano.
Lawatan ini telah dihadiri oleh staf akademik dari Kumpulan Fokus SURE yang terdiri dari Ts Aida binti Muhamad, Puan Siti Fatimah binti Mohd Noor, Dr Norhazimah binti Abdul Halim, Dr Siti Samahani binti Suradi serta enam orang pelajar dari program Diploma Sains Gunaan (DAU), CeDS, UTHM.
Lawatan kami telah disambut oleh Prof. Madya Dr Mohd Shazrul Fazry Sa’ariwijaya iaitu Ketua Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) ALAF-UKM. Dalam program ini juga, kami telah mendengar perkongsian dari pensyarah Fakulti Sains Gunaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) iaitu Dr Norashirene binti Mohamad Jamil yang menyampaikan taklimat berkenaan Basic Technique of Antimicrobial Properties in Natural Sources.
Hasil daripada lawatan ini diharap dapat memberikan manfaat serta meningkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang antimikrob.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
