Berita
Lawatan Pelajar dan Pensyarah Diploma Teknologi Animasi UTHM ke Wau Animation Sdn Bhd

CYBERJAYA: Pada 6 Jun lalu, telah berlangsungnya sesi lawatan sambil belajar oleh 35 orang pelajar Diploma Teknologi Animasi, Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) serta diiringi oleh dua orang pensyarah iaitu Encik Mohd Suhaimi bin Md Yasin dan Encik Mohamad Fazirul Rafiq bin Afandi.
Program ini umumnya telah disarankan oleh Ketua Jabatan Teknologi Maklumat, iaitu Ts Dr Noordiana binti Kassim @ Kasim.
Semasa sesi lawatan dijalankan, pihak rombongan lawatan telah disambut oleh 2 orang pegawai dari Wau Animation Sdn Bhd.
Secara umum, pihak Wau Animation Sdn Bhd telah memberi penerangan terperinci mengenai corak kerja animasi terkini yang boleh diaplikasi oleh pelajar Diploma Teknologi Animasi, CeDS, UTHM.
Dengan adanya lawatan ini, ianya mewujudkan jaringan ekosistem industri yang erat diantara pihak akademik dan industri.
Selain itu, ianya akan membuka peluang baru dalam penerokaan idea dan kerjasama pada masa akan datang khususnya dalam bidang animasi diantara Pusat Pengajian Diploma UTHM dengan Wau Animation Sdn Bhd.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
