Berita
Taklimat Latihan Industri Siri 2, Semester II, 2023/2024 Jabatan Teknologi Maklumat

PAGOH: Telah berlangsungnya Taklimat Latihan Industri Siri 2 Jabatan Teknologi Makumat, Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di Auditorium 3, Hab Pendidikan Tinggi Pagoh.
Program ini telah dihadiri sekitar 230 orang pelajar secara bersemuka.
Pada sesi taklimat ini, ianya merangkumi penerangan persediaan dan perlaksanaan sepenuhnya latihan industri kepada jurusan Diploma Teknologi Maklumat dan Jurusan Diploma Teknologi Animasi.
Sesi taklimat dikelola oleh Encik Mohd Suhaimi bin Md Yasin dan Encik Mohamad Fazirul Rafiq bin Afandi selaku penyelaras latihan industri.
Semua pelajar, disaran agar bersedia dan terampil dalam melaksanakan latihan industri yang akan bermula sekitar Julai 2024 dan berakhir sekitar November 2024 dan Januari 2025.
Program ini mendapat dokongan sepenuhnya daripada Ketua Jabatan, Jabatan Teknologi Maklumat CeDS Ts Dr Noordiana Binti Kassim @ Kasim.
Dengan berlangsungnya sesi taklimat ini, ianya menjadi panduan dan saranan kepada semua pelajar dalam mewujudkan indikator motivasi dan sahsiah diri yang terampil dalam melaksanakan latihan industri bagi sesi 2024/2025.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
