Berita
Booth Promosi Program UTHM Mendapat Sambutan Yang Menggalakkan di SMK Mutiara Rini
SKUDAI: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah dijemput bagi mempromosikan program Diploma dan Ijazah bagi lepasan SPM dan STPM bagi sekolah-sekolah sekitar Johor Bahru bersempena Program MInggu Pendidikan dan Kerjaya anjuran SMK Mutiara Rini hari ini.
Pegawai promosi yang diwakili oleh Ts Inv. Dr Mohd Shahir bin Yahya dari Pusat Pengajian Diploma (CeDS) , Dr Amira Saryati binti Ameruddin dan Dr Shakila binti Abdullah yang kedua-duanya dari Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FAST) dapat membantu pelajar-pelajar yang hadir yang rata-ratanya dari Tingkatan 4 dan 5 dalam memilih program yang sesuai yang ditawarkan oleh UTHM. Pelajar juga didedahkan dengan program-program yang ada ditawarkan oleh Pusat Pengajian Diploma, UTHM beserta syarat-syarat minimum yang diperlukan untuk pelajar fokus dalam SPM.
Selain itu, pelajar lepasan STPM juga turut tidak ketinggalan hadir ke booth bagi mendapatkan maklumat kemasukan program Ijazah Sarjana Muda di UTHM. Diharapkan dengan perkongsian ini, dapat membantu pelajar lebih berstrategi dan fokus dalam pelajaran dan lebih bersemangat untuk meyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi setelah mendapat keputusan SPM dan STPM kelak.
Popular
-
Lawatan ke Industri Beri Pendedahan Kepada Teknologi Terkini Rawatan… -
Jadikan Diploma UTHM Pilihan Pertama Untuk ke Menara Gading -
Seramai 318 Pelajar CeDS Memperoleh Anugerah Dekan -
Artikulasi Kurikulum Bersama Kementerian Pendidikan Malaysia -
Projek Diploma Kejuruteraan Mekanikal Diiktiraf Industri di i-MECa21 -
Graduan CeDS Menerima Anugerah Khas Pada Konvokesyen Ke-16 -
CSR Nature Hero 2021 Wadah Tingkatkan Kepekaan Isu Alam Sekitar -
Advanced Global Project Based Learning 2.0 Wadah Kolaborasi Global -
Program Mobiliti Inbound Peringkat Antarabangsa Asah Kemahiran Reka B… -
Lawatan CeDS ke JPN Johor