Berita
CeDS Anjur SULAM Etika Profesional Teknologi Maklumat Bersama SK Kampong Raja

PAGOH: Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan Program SULAM CeDS 2024: Etika Profesional Teknologi Maklumat yang telah dijalankan di SK Kampong Raja, Pagoh pada Selasa, 21 Mei 2024.
Program berbentuk khidmat masyarakat dan transfer of technology (ToT) ini melibatkan kerjasama antara kesemua 188 pelajar tahun kedua Diploma Teknologi Maklumat dalam penyediaan bahan mengajar dan murid-murid tahap dua SK Kampong Raja yang bertindak sebagai peserta program.
Program ini merupakan sebahagian daripada penilaian bagi kursus Etika Profesional Teknologi Maklumat yang diambil oleh mahasiswa/i tahun kedua Diploma Teknologi Maklumat.
Secara tidak langsung program ini memberikan peluang kepada mahasiswa/i untuk berkongsi pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai bidang merangkumi penggunaan komputer yang beretika, ancaman jenayah siber dalam pelbagai bentuk seperti media sosial, permainan atas talian seperti ROBLOX dan penipuan yang sering dilakukan melalui kepintaran buatan (AI) terhadap kanak-kanak.
Seramai 70 peserta telah menyertai program ini, terdiri daripada murid tahap 4, 5 dan 6 dari SK Kampong Raja yang dibimbing oleh 38 mahasiswa/i tahun kedua Diploma Teknologi Maklumat pada sesi program tersebut.
Peserta-peserta dalam program ini dibahagikan kepada 4 kumpulan kecil untuk ditempatkan di empat reruai (booth) aktiviti yang disediakan iaitu,(i) Jenayah dalam permainan atas talian (Roblox), (ii) Jenayah dalam kepintaran buatan (AI), (iii) Membuat garis panduan penggunaan komputer menggunakan Microsoft Powerpoint, (iv) Pemahaman jenayah siber dengan menggunakan Quizziz.
Peserta didedahkan dengan pelbagai perisian komputer dan mereka dapat menggunakan secara langsung menggunakan beberapa komputer riba yang disediakan di setiap reruai tersebut.
Program ini dikelolakan oleh Ketua Jabatan, Jabatan Teknologi Maklumat, CeDS, Ts Dr Noordiana binti Kassim @ Kasim dan pengarah program, Dr Rosfuzah binti Roslan serta dan guru teknologi maklumat dari SK Kampong Raja, Pagoh.
Program ini menunjukkan kesungguhan universiti dalam menjayakan inisiatif Services-Learning Malaysia–University for Society (SULAM) yang menggabungkan objektif pembelajaran dengan khidmat komuniti serta memupuk hubungan kerjasama antara institusi pendidikan bagi meningkatkan pemahaman dan kesedaran murid-murid sekolah terhadap ancaman jenayah siber dan tatacara pengendalian komputer dan teknologi maklumat yang betul dan beretika.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
