Berita
Dua Projek Tahun Akhir Diploma Teknologi Maklumat Diuji di SK Pendidikan Khas, Batu Pahat

BATU PAHAT: Pada 11 Jun 2024, sekumpulan pelajar bersama penyelia, Ts Inv. Dr Rafizah binti Mohd Hanifa, dari Jabatan Teknologi Maklumat, Pusat Pengajian Diploma (CeDS) telah mengadakan sesi perbincangan dan pengujian projek Tahun Akhir pelajar Diploma Teknologi Maklumat, iaitu CuBOT dan ARithmetic di SK Pendidikan Khas (SKPK), Batu Pahat.
Sesi pengujian ini dibuat bagi melihat keberkesanan projek yang dijalankan oleh pelajar.
CuBOT merupakan robot kecil yang di badannya mengandungi bahan sensori sesuai dalam memberi ketenangan kepada pelajar Autisme.
Robot ini bergerak di atas trek dan menggunakan cahaya yang minima, muzik dan pergerakan robot yang perlahan mampu menarik perhatian pelajar Autisme dalam memberi fokus kepada robot.
Satu lagi projek iaitu, ARithmetic, merupakan aplikasi yang dibangunkan untuk mata pelajaran Matematik Tahun 1 Ketidakupayaan Pendengaran sebagai alat bantuan mengajar memandangkan tiada buku teks khas untuk Matematik bagi pelajar ini.
Terima kasih tidak terhingga buat Guru Besar dan guru-guru di SKPK Batu Pahat di atas kesudian menerima kunjungan kami.
Semoga kerjasama ini berterusan demi memastikan golongan minoriti ini tidak dinafikan hak mereka dalam mendapat pendidikan sama seperti kanak-kanak normal yang lain.
Pengujian Projek Tahun Akhir Diploma Teknologi Maklumat di SK Pendidikan Khas, Batu Pahat
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
