Berita
20 Sekolah Sertai Intel Geek Kids @ Johor di UTHM Kampus Cawangan Pagoh

PAGOH: Intel Malaysia dengan kerjasama Penang Science Cluster (PSC) telah menganjurkan program Intel Geek Kids @ Johor bertempat di UTHM Pagoh dengan usaha sama Pusat Pengajian Diploma (CeDS). Program ini dikendalikan di bawah Jawatankuasa Knowledge Transfer Program (KTP) dan Pembangunan Staf diketuai oleh Prof Madya Masiri Bin Kaamin, di bawah portfolio Timbalan Dekan Penyelidikan, Penerbitan dan Pembangunan, Ts Dr Hazlini binti Dzinun. Sebanyak 20 buah sekolah rendah di Johor dari daerah Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Kluang telah menyertai program berkenaan. Program ini merupakan inisiatif Intel Malaysia dalam memupuk minat di dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan melengkapkan pelajar dengan kemahiran praktikal bagi menceburi bidang teknologi di masa akan datang.
Peserta berumur antara 9 hingga 12 tahun didedahkan dengan kerja berkumpulan dalam kemahiran menyelesaikan masalah, pengaturcaraan, elektronik bagi menghasilkan projek yang interaktif sewaktu program berlangsung untuk dipertandingkan di antara kumpulan. Setiap kumpulan dibimbing oleh seorang fasilitator yang terdiri di kalangan pelajar dan pensyarah CeDS bagi sesi bengkel. Manakala hari kedua melibatkan penjurian projek oleh pensyarah CeDS dan Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FAST).
Majlis penutup dan penyampaian hadiah yang berlangsung pada hari kedua turut dihadiri YBhg. Provost Prof. Madya Dr Afandi bin Ahmad dan Dekan CeDS Dr Muhammad Faizal bin Ismail. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Sekolah Kebangsaan Parit Latiff Muar (Juara), Sekolah Kebangsaan Bukit Gambir (Naib Juara) dan Sekolah Kebangsaan Sri Jamil (Tempat Ketiga) dan sekali gus melayakkan mereka ke peringkat seterusnya.
Tahniah dan terima kasih kepada ahli jawatankuasa, fasilitator dan juri yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar.
Intel Geek Kids @ Johor
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
