Berita
Jelajah Pendidikan TVET Promosi Program Pengajian UTHM di Peringkat Pra-Diploma, Diploma dan Sarjana Muda

BATU PAHAT: Sebuah Expo Interaktif 2024 – Jelajah Pendidikan TVET, Peluang Pekerjaan dan Kerjaya Badan Beruniform Johor telah diadakan di Dewan Sultan Ibrahim (DSI), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
Expo anjuran Persatuan Jaya Diri Negeri Johor dengan kerjasama UTHM itu, telah berlangsung selama dua hari bermula 23 Ogos 2024.
Ia menyaksikan penyertaan pelbagai institusi-institusi pendidikan serta agensi-agensi kerajaan dalam mempromosi pendidikan TVET serta peluang pekerjaan dalam badan beruniform.
UTHM serta UTHM Holdings turut tidak terlepas peluang membuka reruai bagi mempromosi program-program pengajian yang ditawarkan, terutamanya program di peringkat pra-diploma, diploma dan sarjana muda.
Dianggarkan lebih 2 000 pelawat dalam kalangan murid sekolah menengah, guru dan ibu bapa dibawa ke expo berkenaan, yang mana rata-ratanya terdiri daripada murid menengah atas.
Pelawat yang melawat reruai UTHM diberi penerangan mengenai program pra-diploma UTHM yang akan mula dijalankan semula bermula tahun 2025.
Program pra-diploma ini diwujudkan semula dan pengambilannya dikelolakan oleh UTHM Holdings, bagi memantapkan kefahaman pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam subjek Matematik Tambahan dan Fizik.
Pengambilan pelajar pra-diploma ini akan dibuat menggunakan keputusan percubaan SPM, dan program ini akan berlangsung selama satu semester, dalam tempoh selepas SPM sehingga keputusan SPM diumumkan.
Tambahan lagi, pelawat ke reruai UTHM juga diberi penerangan mengenai program-program diploma UTHM.
Rata-rata murid menyatakan hasrat dan berminat untuk memasuki program bertunjangkan kejuruteraan dan teknologi.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
