Berita
Pusat Pengajian Diploma UTHM Kukuhkan Kerjasama Dengan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor Melalui Lawatan Kerja Promosi

SHAH ALAM: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah berjaya mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Pendidikan Negeri Selangor sebagai sebahagian daripada usaha promosi universiti dan memperkukuhkan hubungan dengan institusi pendidikan di negeri tersebut. Lawatan ini bertujuan memperkenalkan pelbagai program akademik UTHM serta peluang kerjasama dalam bidang pendidikan, inovasi, dan pemindahan ilmu.
Delegasi UTHM yang hadir diketuai oleh Dr Muhamad Faizal bin Ismail, Dekan Pusat Pengajian Diploma (CeDS). Turut serta dalam delegasi ini ialah Ts Dr Mohd Shahir bin Yahya dan Encik Fawwaz Mohd Nasir dari Jawatankuasa Promosi, Laman Web dan Media Sosial CeDS, serta Dr Mohd Hafizal bin Hanipah, Ketua Jabatan Jaringan Masyarakat dan Pemindahan Ilmu di Pusat Hubungan Industri dan Masyarakat (ICRC).
Dalam sesi tersebut, delegasi UTHM mengadakan perbincangan bersama pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Selangor mengenai peluang kerjasama pendidikan, promosi universiti, dan program-program yang ditawarkan oleh UTHM kepada pelajar-pelajar di Selangor. Program ini juga memberi tumpuan kepada memperluaskan rangkaian UTHM dengan institusi-institusi pendidikan di peringkat negeri, seterusnya merancakkan lagi kerjasama strategik dalam bidang penyelidikan, teknologi, dan inovasi.
Delegasi UTHM juga mengambil kesempatan untuk berkongsi inisiatif terbaharu universiti dalam memajukan pendidikan tinggi serta memperkenalkan program-program yang mendapat sambutan yang tinggi bagi setiap sesi kemasukan pelajar. Lawatan ini dijangka mampu menarik minat pelajar di seluruh negeri Selangor untuk melanjutkan pengajian di UTHM, sekali gus mengukuhkan kedudukan universiti sebagai institusi pendidikan tinggi pilihan.
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor menyambut baik usaha UTHM ini dan berharap agar kerjasama yang lebih erat dapat dijalinkan pada masa hadapan, khususnya dalam bidang pendidikan dan pemindahan ilmu kepada masyarakat.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
