Berita
Bengkel 'Enhancing Technical Insights: From Technical Paper to Scopus Proceedings'

PAGOH: Jawatankuasa Penerbitan, Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan program Sharing Knowledge on "Enhancing Technical Insights: From Technical Paper to Scopus Proceedings" secara dalam talian melalui platform Microsoft Teams. Program ini berlangsung dari jam 10:00 pagi sehingga 11:15 pagi, dan dihadiri oleh 32 peserta, yang terdiri daripada staf akademik CeDS.
Bengkel ini bertujuan untuk memperkasakan kemahiran staf akademik dalam menaik taraf kertas teknikal pelajar ke peringkat prosiding Scopus. Penceramah jemputan, Ts Dr Mardiha binti Mokhtar dari Jabatan Kejuruteraan Awam, CeDS, berkongsi pengalaman beliau dalam penulisan serta penerbitan ke prosiding Scopus, memberi panduan dan tips yang praktikal kepada para peserta.
Program ini memberikan panduan komprehensif kepada peserta tentang beberapa topik penting yang berkaitan dengan penerbitan kertas teknikal. Penceramah menekankan bahawa kertas teknikal yang berada pada tahap kajian awal sesuai untuk dihantar ke prosiding Scopus, dengan syarat ia disemak terlebih dahulu melalui Turnitin bagi memastikan ketulenannya.
Peserta juga dinasihatkan untuk memilih persidangan yang sesuai dengan tema kajian dan mempunyai rekod yang baik. Bagi kertas yang belum mencukupi dari segi hasil analisis, pelajar disarankan untuk memperluaskan kajian dalam projek tahun akhir mereka. Untuk menaik taraf kertas teknikal kepada tahap prosiding Scopus, beberapa elemen penting perlu diperbaiki, termasuk penambahan sorotan kajian (literature review), penerangan metodologi yang lebih teliti, persembahan hasil kajian yang lebih jelas, penulisan yang berkualiti, serta rujukan yang mencukupi dengan sekurang-kurangnya 10 rujukan atau lebih.
Program ini berjaya mencapai objektifnya, memberikan panduan yang jelas kepada staf akademik mengenai cara mengubah kertas teknikal pelajar menjadi prosiding Scopus yang berkualiti tinggi. Tahniah kepada Jawatankuasa Penerbitan atas penganjuran bengkel yang bermanfaat ini, dan diharapkan momentum penulisan di kalangan staf akademik CeDS akan terus meningkat di masa hadapan.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
