Berita
Bengkel Bimbingan Penulisan Manuskrip Berindeks MyCite

PAGOH: Pusat Pengajian Diploma (CeDS) melalui Jawatankuasa Penerbitan telah mengadakan Bengkel Sesi Bimbingan Penulisan Manuskrip Berindeks MyCite bermula 22 September 2024 sehingga 31 Disember 2024, bertempat di Bilik Pensyarah, UTHM Pagoh.
Tujuan bengkel ini adalah untuk memberi bimbingan kepada staf akademik di CeDS dalam menghasilkan artikel jurnal MyCite, sekali gus memenuhi kriteria penulisan yang ditetapkan oleh jurnal MyCite yang di sasarkan. Seramai 12 orang peserta daripada pelbagai bidang telah menyertai program bimbingan mentor-mentee ini.
Empat kumpulan telah dibentuk berdasarkan kluster bidang, iaitu Kluster Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Mekanikal dan Kluster Sains Gunaan. Empat orang mentor telah dilantik iaitu Dr Zainab binti Zainal, Dr Noorul Hudai binti Abdullah, Dr Norhaliza binti Abu Bakar, dan Ts Inv. Dr Mohd Shahir bin Yahya bagi membimbing kumpulan kluster tersebut.
Antara pengisian sesi tersebut, perkongsian mengenai cadangan jurnal MyCite yang sesuai dengan topik manuskrip peserta dan menambah baik manuskrip mengikut kesesuaian kehendak setiap jurnal MyCite yang ingin dihantar. Justeru, dengan adanya bengkel ini, semoga ia dapat menyemarakkan lagi penulisan ilmiah dalam kalangan staf akademik CeDS.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
