Berita
CeDS dan UTHM Holdings Promosi Program Pra-Diploma dan Diploma Sempena Bulan Kaunseling dan Kerjaya SMK Seri Lalang

KLUANG: Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) serta UTHM Holdings telah membuka reruai di Pameran Pendidikan Kerjaya Sempena Bulan Kaunseling dan Kerjaya SMK Seri Lalang. Program anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling serta Kelab Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) sekolah tersebut, telah diadakan pada 24 Oktober 2024.
Ia menyaksikan penyertaan pelbagai institusi-institusi pendidikan serta agensi-agensi kerajaan negeri dalam mempromosi program akademik bertunjangkan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET). CeDS serta UTHM Holdings turut tidak terlepas peluang mempromosi program-program pengajian peringkat pra-diploma dan diploma.
Para murid tingkatan 5, diberi penerangan mengenai program pra-diploma UTHM yang akan mula dijalankan semula bermula tahun 2025. Program ini diwujudkan semula dan pengambilannya dikelolakan oleh UTHM Holdings, bagi memantapkan kefahaman murid lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam subjek Matematik Tambahan dan Fizik. Pengambilan murid pra-diploma ini akan dibuat menggunakan keputusan percubaan SPM, dan program ini akan berlangsung selama satu semester, dalam tempoh selepas SPM sehingga keputusan SPM diumumkan.
Selain itu, para murid terutamanya murid tingkatan 3 dan 5 juga diberi penerangan mengenai program-program diploma UTHM. Penekanan turut diberikan kepada murid tingkatan 3 mengenai kepentingan memilih aliran yang betul bagi memastikan mereka dapat memohon program akademik yang bersesuaian dengan cita-cita kelak.
Rata-rata murid menyatakan hasrat dan berminat untuk memasuki program bertunjangkan kejuruteraan dan teknologi.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
