Berita
Melahirkan Pemimpin Keselamatan Kerja: Program OSH-C Pusat Pengajian Diploma Cipta Impak

PAGOH: Program Persijilan Kompetensi Occupational Safety and Health Coordinator (OSH-C) telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan seramai 150 orang pelajar diploma dalam pelbagai bidang. Program yang diadakan selama tiga hari bermula 6 hingga 8 Disember 2024 bertempat di kampus cawangan Pagoh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), anjuran Pusat Pengajian Diploma, UTHM dengan kerjasama Cosmo Skills Sdn Bhd yang merupakan sebuah organisasi yang diiktiraf dalam bidang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH). Sepanjang program, para pelajar mendapat banyak pendedahan yang mendalam mengenai kemahiran dan pengetahuan profesional dalam pengurusan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja melalui bimbingan lima tenaga pakar OSH daripada Cosmo Skills Sdn Bhd dan tiga fasilitator di kalangan pensyarah Pusat Pengajian Diploma. Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Pusat Pengajian Diploma dalam meningkatkan kebolehpasaran graduan melalui persijilan kompetensi yang relevan dengan industri.
Dalam ucapan penutup, Ketua Pegawai Eksekutif Cosmo Skills, Ts Azhar bin Ahamat, memuji kesungguhan pelajar dan menekankan bahawa persijilan ini adalah langkah penting dalam meningkatkan kebolehpasaran mereka dengan nilai tambah semasa temuduga pekerjaan kelak. "Tenaga kerja yang kompeten dalam aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja serta mematuhi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) 1994 adalah aset penting kepada mana-mana organisasi", tambah beliau. Ia membantu organisasi mengenal pasti risiko, merancang langkah pencegahan dan mengurangkan kemalangan serta penyakit pekerjaan.
Majlis penutup telah disempurnakan oleh Ts Dr Norhayati binti Ngadiman Timbalan Dekan (Akademik) yang mewakili Dekan Pusat Pengajian Diploma dengan penyampaian sijil kepada peserta. Dalam ucapan perasmian, beliau turut melahirkan rasa bangga dengan komitmen pelajar sepanjang program ini. "Program ini bukan sahaja memenuhi keperluan akademik, malah menyediakan pelajar untuk cabaran sebenar di tempat kerja", katanya.
Pihak penganjur berharap dapat menganjurkan lebih banyak program seumpamanya pada masa akan datang untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran kompetensi terkini sebelum bergraduan. Di samping itu, program persijilan ini bukan sahaja memenuhi keperluan undang-undang tetapi juga memainkan peranan penting dalam membangun tenaga kerja dan organisasi yang lebih mampan.
Program Pensijilan Kompetensi Pelajar CeDS | OSH Coordinator 2024
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
