Berita
Perkongsian Strategi Hubungan Akademia, Industri dan Komuniti

PAGOH: Jawatankuasa Perundingan dan Hubungan Industri (JKPHI) telah menganjurkan satu program bertajuk Perkongsian Strategi Hubungan Akademia, Industri dan Komuniti. Program ini disasarkan kepada semua staf akademik Pusat Pengajian Diploma (CeDS) dan telah diadakan secara atas talian melalui platform Google Meet.
Program ini bertujuan untuk membincangkan strategi yang boleh meningkatkan kerjasama antara pihak akademia, industri, dan komuniti; memberi panduan kepada staf akademik untuk membina hubungan yang berkesan melalui inisiatif seperti surat maksud (LoI), memorandum persefahaman (MoU) dan memorandum persetujuan (MoA); dan menyediakan platform untuk sesi dialog terbuka antara peserta dan penceramah.
Ts Muhammad Shukri bin Ahmad, seorang pakar dalam bidang hubungan akademia dan industri, telah berkongsi pengalaman serta strategi beliau melalui tiga topik utama; Bestnya member dengan industri, Strategi serampang banyak mata, dan Jom buat LoI, MoU atau MoA. Sesi bermula dengan pembentangan oleh Ts Shukri yang memberikan gambaran menyeluruh tentang pentingnya hubungan kukuh antara institusi akademik dan industri. Beliau turut berkongsi beberapa contoh kejayaan projek kolaborasi dan tips praktikal untuk memulakan hubungan dengan rakan industri. Sesi ini diteruskan dengan perbincangan dua hala yang interaktif, di mana para peserta diberi peluang untuk mengemukakan soalan dan berkongsi pandangan mereka.
Respon yang diberikan oleh penceramah berjaya membuka ruang pemikiran baharu dalam merangka strategi kerjasama yang lebih mampan. Program ini telah berjaya mencapai objektifnya dengan penyertaan aktif daripada staf akademik. Peserta juga diberi galakan untuk menghubungi ahli JKPHI di jabatan masing-masing bagi sebarang maklumat tambahan atau cadangan kerjasama lanjut. Adalah dicadangkan agar sesi susulan seperti ini diadakan secara berkala untuk memastikan staf akademik terus diberi pendedahan kepada peluang kerjasama yang relevan serta memperkukuh hubungan akademia, industri dan komuniti.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
