Berita
Lawatan Kerja Penyelidik UTHM ke Nab Food Industries Sdn Bhd Bincang Potensi Penambahbaikan Proses Industri

BAGAN SERAI: Delegasi penyelidik dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah mengadakan lawatan kerja ke NAB Food Industries Sdn Bhd dalam usaha memperkukuh jalinan kerjasama antara institusi akademik dan sektor industri. Lawatan ini bertujuan meneroka peluang bagi meningkatkan kecekapan dan produktiviti proses pembungkusan makanan syarikat. Delegasi UTHM yang terdiri daripada Ts Inv. Dr Mohd Shahir bin Yahya, Ts Inv. Mahmod Abd Hakim bin Mohamad dari Pusat Pengajian Diploma (CeDS) dan Tuan Haji Abd Khalil bin Abd Rahim, dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP) disambut mesra oleh Puan Nor Azizah binti Amri, Ketua Pengarah Eksekutif NAB Food Industries. Lawatan dimulakan dengan taklimat ringkas mengenai operasi syarikat, diikuti dengan sesi lawatan ke kilang untuk memahami lebih dekat cabaran semasa dalam proses pembungkusan dan pengeluaran.
Dalam sesi perbincangan strategik, kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai pelbagai pendekatan inovatif untuk meningkatkan kualiti produk dan mengoptimumkan proses pengeluaran. Cadangan awal termasuk automasi proses pembungkusan dan pelaksanaan amalan pembuatan sistem lean bagi mengurangkan pembaziran serta meningkatkan keberkesanan operasi.
Puan Nor Azizah, menyatakan bahawa kolaborasi dengan pakar akademik adalah langkah penting dalam merealisasikan matlamat syarikat untuk menjadi peneraju industri makanan berteknologi tinggi di negeri Perak khususnya.
"Dengan kepakaran teknikal dan penyelidikan inovatif yang dimiliki oleh UTHM, kami yakin bahawa projek ini akan membawa transformasi besar kepada proses pengeluaran kami, sekali gus meningkatkan daya saing produk di pasaran", katanya.
Pihak UTHM turut menzahirkan komitmen untuk menyokong pembangunan sektor industri tempatan melalui penyelidikan dan projek pemindahan teknologi. Lawatan ini diakhiri dengan sesi menandatangani Letter of Intend (LOI) dan perbincangan lanjut mengenai langkah susulan bagi memformalkan kerjasama strategik yang bakal dilaksanakan dalam masa terdekat.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
