Berita
Kelab Staf CeDS UTHM Sumbang 39 Pek Bantuan Ramadhan dan Syawal kepada Masyarakat Pagoh

PAGOH: Demi menyemarakkan semangat kebersamaan dan membantu golongan memerlukan, Kelab Staf CeDS UTHM telah menganjurkan Majlis Agihan Infak Ramadhan, yang berlangsung di Surau Hj Mohd Arof, Taman Pagoh Jaya 3.
Majlis penyerahan bantuan ini disempurnakan oleh Dekan Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Dr Muhammad Faizal bin Ismail, bersama Pengerusi Kelab Staf CeDS, Encik Muhammad Hanafi bin Asril Rajo Mantari, serta disertai oleh staf-staf Pusat Pengajian Diploma. Turut hadir ialah Ketua Kampung Olak Sepam, Encik Yakob bin Abdullah, Kapten (B) Hj. Najib bin Lep, Pengerusi Yayasan Kesuma Budi, serta delegasi dari Pertubuhan Kebajikan Muafakat Care, yang diketuai oleh Encik Muhammad Firdaus bin Mohamad Shahir.
Sebanyak 39 pek bantuan yang mengandungi barangan kering dan keperluan harian berjaya dikumpulkan hasil sumbangan ikhlas staf dan ahli keluarga mereka. Sumbangan ini bertujuan untuk membantu keluarga yang memerlukan dalam membuat persiapan menjelang bulan Ramadan dan Syawal khususnya di kawasan Pagoh.
Bantuan tersebut telah sebahagiannya disampaikan secara langsung kepada penerima oleh Pengerusi Kelab Staf, manakala sebahagian lagi disalurkan melalui ketua kampung Olak Sepam, yang merupakan kampung angkat Pusat Pengajian Diploma. Selain itu, Yayasan Kesuma Budi dan Pertubuhan Kebajikan Muafakat Care turut membantu dalam mengagihkan sumbangan kepada golongan yang memerlukan.
Menurut Encik Muhammad Hanafi, program ini bukan sahaja bertujuan untuk memberikan bantuan, malah ia juga diharapkan dapat memupuk semangat keprihatinan dalam kalangan staf dan masyarakat setempat.
"Kami amat bersyukur atas sokongan dan sumbangan daripada semua pihak yang terlibat. Diharapkan program ini dapat meringankan beban penerima serta memberi kegembiraan dalam menyambut Ramadhan dan Syawal”, katanya.
Kelab Staf CeDS merakamkan penghargaan kepada semua yang telah menyumbang dan menjayakan program ini. Inisiatif sebegini dijangka akan diteruskan lagi pada masa hadapan bagi membantu lebih ramai yang memerlukan.
"Bersama Menyemai Kasih, Berkongsi Rezeki di Bulan Ramadhan".
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
