Berita
Pusat Pengajian Diploma UTHM dan Viridis Capital Jalin Kerjasama Penyelidikan Tenaga Boleh Diperbaharui

PAGOH: Pusat Pengajian Diploma, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah melaksanakan satu langkah strategik apabila memeterai Surat Hasrat (Letter of Intent, LoI) bersama syarikat Viridis Capital Sdn. Bhd. dalam usaha memperkukuh penyelidikan dan pengkomersialan teknologi berkaitan tenaga boleh diperbaharui.
Majlis menandatangani LoI telah diadakan di Kampus UTHM Cawangan Pagoh dan melibatkan wakil penyelidik dari Pusat Pengajian Diploma, Encik Muhammad Hanafi bin Asril Rajo Mantari daripada kumpulan Product Research and Development Group (ProRed), bersama Ketua Pegawai Eksekutif Viridis Capital Sdn. Bhd., Encik Hasan Suyut. Majlis ini turut disaksikan oleh Dekan Pusat Pengajian Diploma, Dr Muhammad Faizal bin Ismail serta Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Dr Noorazizah binti Sidek.
Surat Hasrat ini merupakan titik permulaan kepada kerjasama dalam bidang tenaga solar, sistem penyimpanan tenaga (energy storage), serta pembangunan dan pengkomersialan peralatan dan perisian berkaitan tenaga boleh diperbaharui. Kolaborasi ini dijangka membuka lebih banyak peluang dalam pelaksanaan penyelidikan bersama, pembangunan produk inovatif, dan penglibatan pelajar dalam latihan berasaskan industri.
Viridis Capital Sdn. Bhd. ialah sebuah syarikat pelaburan solar yang diiktiraf sebagai Registered Solar PV Investor (RPVI) oleh Sustainable Energy Development Authority Malaysia (SEDA Malaysia). Dengan pengalaman meluas dalam pemasangan sistem solar di seluruh Malaysia, syarikat ini telah mencatatkan kapasiti keseluruhan melebihi 110 megawatt (MW). Kepakaran yang dimiliki menjadikan Viridis Capital rakan industri yang berpotensi tinggi dalam memacu teknologi tenaga boleh diperbaharui ke tahap lebih tinggi.
Kerjasama ini memberi nilai tambah kepada Pusat Pengajian Diploma dalam memperkasa penyelidikan berorientasikan aplikasi serta menyediakan pengalaman pembelajaran berteraskan industri kepada para pelajar. Ia juga selari dengan usaha pusat pengajian ini untuk menyumbang secara aktif terhadap pembangunan teknologi mampan yang menyokong hala tuju negara ke arah penggunaan sumber tenaga yang lebih lestari.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
