Berita
Reruai UTHM Jadi Tarikan di Program Jom Masuk U Zon Utara (JMU2025)

GELUGOR: Kehadiran Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dalam Program Jom Masuk U (JMU) Zon Utara yang berlangsung di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang pada 3 dan 4 Mei 2025 mencuri tumpuan apabila reruai UTHM menjadi antara yang mendapat sambutan daripada pengunjung. Program anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) itu berjaya menarik seramai 45 251 pengunjung sepanjang dua hari penganjuran, dengan 19 816 hadir pada hari pertama dan 24 435 pada hari kedua.
Reruai UTHM tidak putus-putus dikunjungi oleh para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Matrikulasi serta ibu bapa yang ingin mendapatkan maklumat berkaitan program pengajian, kemudahan pembelajaran dan peluang kerjaya yang ditawarkan oleh universiti berteraskan teknologi ini. Antara detik yang membanggakan ialah apabila reruai UTHM turut mendapat perhatian YBhg. Datuk Profesor Dr Azlinda binti Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, KPT, yang meluangkan masa meninjau gerai pameran UTHM dan berinteraksi bersama wakil promosi serta pengunjung yang hadir.
UTHM yang diwakili oleh Ts Inv. Dr Mohd Shahir bin Yahya, dan Fawwaz bin Mohd Nasir daripada Pusat Pengajian Diploma (CeDS) selaku pegawai promosi bersama dua orang urus setia daripada Pejabat Pemasaran dan Komunikasi Korporat (PPKK), UTHM. Turut hadir memberi sokongan dan penerangan bagi program pasca siswazah ialah dua orang pensyarah dari Johor Business School (JBS), UTHM. Mereka bersama-sama berganding bahu memberi taklimat dan konsultasi kepada para pengunjung, sekali gus memperkukuh keterlihatan UTHM dalam kalangan masyarakat utara semenanjung.
Sambutan hangat yang diterima membuktikan reputasi UTHM semakin kukuh sebagai antara institusi pilihan pelajar, khususnya dalam bidang teknikal dan kejuruteraan. Program JMU Zon Utara ini turut menjadi medan penting dalam menyokong aspirasi pendidikan tinggi negara dengan memberikan pendedahan awal kepada para pelajar mengenai laluan pendidikan yang sesuai dengan minat dan potensi mereka.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
