Berita
Sesi Perkongsian Dana dan Insentif Penerbitan anjuran JK Penerbitan CeDS

PAGOH: Pada 22 April 2025, Centre for Diploma Studies (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan satu sesi perkongsian dalam talian bertajuk Sesi Perkongsian Dana dan Insentif Penerbitan. Objektif utama program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada staf akademik mengenai peluang pembiayaan dan insentif dalam bidang penerbitan ilmiah dan akademik.
Program ini dikendalikan oleh dua penceramah berpengalaman: Puan Siti Raudhah binti Ruslan dari Perpustakaan Tunku Tun Aminah dan Encik Mohammad Ahyar Bin Zulkefli dari Pejabat Penerbit UTHM. Mereka berkongsi strategi penerbitan, sumber dana, garis panduan permohonan, serta insentif yang ditawarkan.
Antara insentif yang diumumkan termasuklah bayaran sebanyak RM300 bagi artikel yang diterbitkan dalam jurnal berindeks Scopus dan RM100 untuk jurnal MyCITE. Permohonan dibuka kepada staf akademik yang memenuhi syarat kelayakan tertentu, termasuk keperluan untuk menjadi penulis utama dan menyatakan afiliasi UTHM. Artikel yang menggunakan dana sedia ada atau diterbitkan dalam jurnal yang disenarai hitam KPT tidak layak.
Puan Siti Raudhah turut menekankan peranan perpustakaan dalam menyediakan data bibliometrik dan menyokong penerbitan Open Access, manakala Encik Mohammad Ahyar memberi penerangan lanjut tentang geran penerbitan, panduan teknikal dan promosi hasil penerbitan.
Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dengan penyertaan aktif dalam sesi soal jawab. Ia diharapkan dapat meningkatkan kesedaran dan memacu staf akademik UTHM untuk menghasilkan lebih banyak penerbitan berkualiti tinggi dan memberi impak besar kepada dunia akademik dan masyarakat.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
