Berita
Pusat Pengajian Diploma UTHM dan AquFish PLT Jalin Kerjasama Penyelidikan Teknologi IoT dalam Akuakultur Pintar

PAGOH: Satu mesyuarat kolaborasi antara Kumpulan Fokus Microcontroller Technology for Internet of Things (MTIT) dari Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan syarikat industri AquFish PLT telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Bilik Mesyuarat 2, Blok A, Kampus Cawangan Pagoh.
Mesyuarat ini bertujuan membincangkan peluang kerjasama strategik dalam pembangunan teknologi Internet of Things (IoT) khususnya dalam bidang akuakultur pintar. Antara objektif utama ialah mengenal pasti potensi kerjasama dalam aspek kepakaran, latihan industri serta pembangunan program bersama.
AquFish PLT merupakan syarikat teknologi akuakultur yang membangunkan sistem AquMonitor berasaskan AI untuk meningkatkan kecekapan dan kelestarian penternakan ikan. Misi AquFish PLT adalah untuk memperkasakan penternak ikan, memperkukuh sekuriti makanan, serta memajukan amalan akuakultur yang bertanggungjawab. Pihak AquFish PLT diwakili oleh Mohd Azrul Anua, Ketua Pegawai Operasi dan Wafiy Hilman, Ketua Pegawai Teknologi.
Majlis turut menyaksikan pemeteraian Surat Hasrat (LOI) yang ditandatangani oleh Dr Muhammad Faizal bin Ismail, Dekan CeDS mewakili pihak UTHM dan Mohd Azrul Anua bagi pihak AquFish PLT. Majlis disaksikan oleh Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Puan Norhafiza binti Samion, Ketua Penyelidik FG MTIT, Dr Mohd Nurul Al Hafiz bin Sha'abani serta penyelidik-penyelidik FG MTIT. Kolaborasi ini dijangka membuka laluan kepada lebih banyak kolaborasi teknologi dan penyelidikan antara universiti dan industri pada masa hadapan.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
