Berita
SULAM Kelestarian Alam Sekitar dan Pengurusan Sisa Berakhir Dengan Jayanya
MUAR: Program SULAM CeDS 2025: Kelestarian Bermula di Sini telah dijalankan pada 14 Mei 2025 bertempat di Sekolah Agama Bersepadu Daerah Muar (SRAB Muar). Program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran terhadap kelestarian alam sekitar dan pengurusan sisa, telah dirasmikan oleh Dekan Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Dr Muhammad Faizal bin Ismail. Program ini dianjurkan oleh Jabatan Sains dan Matematik, CeDS, UTHM dengan kerjasama SWCorp Muar dan Tangkak, serta sokongan daripada beberapa penaja luar dan endowmen staf. Program merupakan program penyampaian ilmu daripada 42 orang pelajar Tahun 2 Diploma Sains Gunaan kepada 126 murid darjah 5 dan 6 murid SRAB Muar bersama pemantauan dan nasihat 15 pensyarah daripada Jabatan Sains dan Matematik, CeDS. Program penyampaian maklumat berkaitan isu pengurusan sisa dan kelestarian dalam pelbagai aktiviti interaktif yang memberi pendedahan mengenai kepentingan pemuliharaan alam sekitar.
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran pelajar sekolah mengenai pengurusan sisa yang berkesan serta menggalakkan amalan Reduce, Reuse, dan Recycle (3R). Selain itu, ia memberi peluang kepada pelajar diploma untuk menyampaikan ilmu kepada masyarakat dan mengasah kemahiran komunikasi mereka. Dengan pendekatan pembelajaran interaktif, murid sekolah didedahkan kepada konsep kitar semula dan biodegradasi melalui aktiviti praktikal serta pendedahan kepada industri pengurusan sisa.
Antara aktiviti utama adalah ceramah kesedaran oleh SWCorp mengenai kepentingan pengurusan sisa, demonstrasi projek guna semula, dan aktiviti berkumpulan di mana murid membuat beg daripada baju terpakai. Pemerhatian mikroskopik terhadap fungus pada roti mereput memberi pemahaman tentang biodegradasi, manakala pameran poster dan sesi perkongsian ilmu oleh pelajar diploma menjelaskan berkaitan isu alam sekitar serta langkah-langkah pemuliharaan. Sebagai aktiviti tambahan, murid sekolah diberi peluang menjual bahan kitar semula kepada syarikat DUMP, membantu mereka memahami nilai ekonomi sisa serta kepentingan menyokong industri kitar semula.
Program ini memberi impak besar dalam meningkatkan kesedaran ekologi, memupuk amalan lestari, dan menghubungkan komuniti dengan industri serta akademik dalam usaha menjaga kelestarian alam. Murid sekolah lebih memahami konsep pemuliharaan alam, manakala pelajar diploma mendapat pengalaman berharga dalam menyampaikan ilmu dan berinteraksi dengan komuniti. Selain itu, hubungan antara institusi akademik dan industri diperkukuh melalui kerjasama dengan SWCorp dan DUMP, yang memberikan gambaran sebenar mengenai aplikasi pengurusan sisa di dunia nyata. Secara keseluruhan, SULAM CeDS 2025 berjaya mencapai objektifnya dan diharapkan dapat diteruskan pada masa hadapan dengan skala lebih besar bagi menyebarluaskan kesedaran mengenai kelestarian alam sekitar.
SULAM CeDS 2025: Kelestarian Bermula di Sini
Popular
-
Lawatan ke Industri Beri Pendedahan Kepada Teknologi Terkini Rawatan… -
Jadikan Diploma UTHM Pilihan Pertama Untuk ke Menara Gading -
Seramai 318 Pelajar CeDS Memperoleh Anugerah Dekan -
Artikulasi Kurikulum Bersama Kementerian Pendidikan Malaysia -
Projek Diploma Kejuruteraan Mekanikal Diiktiraf Industri di i-MECa21 -
Graduan CeDS Menerima Anugerah Khas Pada Konvokesyen Ke-16 -
CSR Nature Hero 2021 Wadah Tingkatkan Kepekaan Isu Alam Sekitar -
Advanced Global Project Based Learning 2.0 Wadah Kolaborasi Global -
Program Mobiliti Inbound Peringkat Antarabangsa Asah Kemahiran Reka B… -
Lawatan CeDS ke JPN Johor