Berita
Sesi Latihan Penggunaan Alat HPLC kepada Pelajar Diploma Sains Gunaan

PAGOH: Seramai 42 orang pelajar tahun 2 Diploma Sains Gunaan (DAU) telah menyertai sesi latihan penggunaan alat High Performance Liquid Chromatography (HPLC) yang diadakan di Makmal Analisis Makanan, Pejabat Pengurusan Makmal Kampus Cawangan Pagoh (PPMKCP). Sesi ini telah dikendalikan oleh Encik Aliff Hamzah bin Kamaruddin, Penolong Jurutera PPMKCP, yang berpengalaman luas dalam pengendalian instrumen makmal analitikal.
Dalam sesi ini, pelajar telah diberi pendedahan teori dan amali berkaitan prinsip asas dan operasi HPLC, termasuk kaedah penyediaan sampel sebelum analisis, pemilihan mobile phase dan stationary phase yang sesuai dengan sampel dan kaedah penyuntikan sampel ke dalam sistem. Selain itu, pelajar didedahkan dengan Teknik pemantauan dan pengumpulan data melalui perisian komputer serta proses penjagaan dan penyelenggaraan asas alat HPLC selepas digunakan.
Melalui latihan ini, pelajar bukan sahaja dapat memahami cara kerja alat HPLC secara langsung, malah memperoleh pengalaman praktikal yang penting untuk meningkatkan kefahaman mereka dalam bidang analisis kimia. Program ini turut memberi pendedahan kepada aplikasi sebenar teknologi analisis makanan, yang merupakan salah satu komponen utama dalam kurikulum Diploma Sains Gunaan.
Secara keseluruhan, latihan ini diharapkan dapat memupuk minat pelajar dalam bidang sains analitikal serta mempersiapkan mereka dengan kemahiran teknikal yang relevan untuk keperluan industri makanan dan farmaseutikalpada masa akan datang. Pendedahan seperti ini amat penting bagi membolehkan pelajar memahami aplikasi sebenar peralatan makmal dan meningkatkan kebolehpasaran mereka di alam pekerjaan. Program ini merupakan sebahagian daripada usaha jabatan dalam memastikan pelajar bukan sahaja cemerlang dari aspek teori, tetapi juga kemahiran teknikal yang relevan dan terkini selaras dengan keperluan industri.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
