Berita
Latihan Teknikal Memperkasakan Pengendalian Membrane Photocatalytic Reactor di UTHM

PAGOH: Bagi memperkukuh pengetahuan teknikal dalam bidang rawatan air berasaskan teknologi hijau, satu sesi latihan bertajuk Training: Membrane Photocatalytic Reactor telah berjaya dilaksanakan di Makmal Sains Gunaan 2, Blok J, Kampus Cawangan Pagoh, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Latihan ini dianjurkan oleh Kumpulan Fokus Sustainable and Renewable Resources (SURE) dengan kerjasama Centre for Diploma Studies (CeDS), UTHM.
Seramai 65 orang pelajar Tahun 2 Diploma Teknologi Kejuruteraan Kimia (DAK) dan 20 orang pensyarah telah menyertai kursus yang dikendalikan oleh Dr Dilaeleyana binti Abu Bakar Sidik, selaku ketua kumpulan fokus SURE.
Sesi ini memberi pendedahan menyeluruh kepada peserta mengenai prinsip operasi serta aplikasi Membrane Photocatalytic Reactor (MPR) dalam rawatan air dan efluen industri, termasuk demonstrasi secara langsung penggunaan peralatan di makmal. Peserta juga diberi peluang untuk memahami aspek teknikal sistem seperti kawalan tekanan, aliran dan struktur sistem pemangkin.
Pelajar mendapat manfaat besar daripada latihan ini melalui peningkatan kefahaman terhadap teknologi rawatan air moden, pemantapan kemahiran kendalian peralatan makmal, serta pendedahan kepada aplikasi dunia sebenar dalam bidang kejuruteraan kimia. Manakala pensyarah pula dapat meningkatkan kepakaran teknikal dan pengetahuan semasa berkaitan teknologi membran, selaras dengan keperluan pengajaran dan penyelidikan semasa.
Selain itu, latihan ini turut membuka ruang jalinan kerjasama antara pensyarah dan Ketua Projek SURE, khususnya dalam pelaksanaan projek penyelidikan berkaitan teknologi rawatan air menggunakan sistem MPR. Perkongsian ini dijangka akan memacu lebih banyak inisiatif penyelidikan dan inovasi yang memberi impak kepada komuniti dan industri.
Penganjuran sesi ini mencerminkan komitmen UTHM dalam memperkasa kemahiran teknikal pelajar dan staf melalui perkongsian ilmu yang berterusan, selari dengan aspirasi negara dalam memperkukuh pendidikan TVET serta inovasi lestari.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
