Berita
Taklimat Penulisan Laporan Akhir Perkasa Kemahiran Pelajar Diploma Sains Gunaan
PAGOH: Bagi memperkukuh kemahiran penulisan ilmiah dalam kalangan pelajar tahun akhir, Jabatan Sains dan Matematik, Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan satu sesi Taklimat Penulisan Laporan Akhir Projek Diploma. Program yang berlangsung pada hari Jumaat, jam 9.00 hingga 11:00 pagi di Makmal Biologi dan Fungsi 1, disampaikan oleh Dr Dilaeleyana binti Abu Bakar Sidik. Seramai 42 orang pelajar Tahun 2 Diploma Sains Gunaan (DAU) telah mengambil bahagian dalam sesi taklimat ini.
Melalui taklimat ini, pelajar telah mendapat panduan menyeluruh dalam penulisan komponen utama laporan akhir antaranya tentang cara membina latar belakang kajian dan pernyataan masalah yang jelas serta teknik mengenal pasti, menganalisis dan menyusun kajian lepas secara kritikal. Selain itu, penerangan tentang kaedah kajian yang sistematik dan menerangkan hasil eksperimen dengan penilaian analitikal turut didedahkan. Pelajar turut diberi pendedahan tentang kaedah menyimpulkan dapatan kajian dan mencadangkan langkah susulan yang bernas bagi projek terlibat.
Sesi ini telah memberi manfaat besar kepada pelajar dalam menghasilkan laporan projek akhir yang berkualiti tinggi dan memenuhi kriteria akademik yang ditetapkan. Selain itu, ia juga membantu meningkatkan keyakinan pelajar dalam penyediaan dokumen ilmiah yang penting bagi penilaian akhir projek mereka. Penganjuran sesi ini membuktikan komitmen Jabatan Sains dan Matematik dalam menyokong kecemerlangan akademik serta menyediakan pelajar dengan kemahiran penting yang relevan untuk kerjaya masa hadapan.
Popular
-
Lawatan ke Industri Beri Pendedahan Kepada Teknologi Terkini Rawatan… -
Jadikan Diploma UTHM Pilihan Pertama Untuk ke Menara Gading -
Seramai 318 Pelajar CeDS Memperoleh Anugerah Dekan -
Artikulasi Kurikulum Bersama Kementerian Pendidikan Malaysia -
Projek Diploma Kejuruteraan Mekanikal Diiktiraf Industri di i-MECa21 -
Graduan CeDS Menerima Anugerah Khas Pada Konvokesyen Ke-16 -
CSR Nature Hero 2021 Wadah Tingkatkan Kepekaan Isu Alam Sekitar -
Advanced Global Project Based Learning 2.0 Wadah Kolaborasi Global -
Program Mobiliti Inbound Peringkat Antarabangsa Asah Kemahiran Reka B… -
Lawatan CeDS ke JPN Johor