Berita
Taklimat Penilaian FYP: Menyatukan Standard, Memacu Kecemerlangan Projek Pelajar

PAGOH: Satu taklimat penilaian untuk penyelia dan penilai Projek Tahun Akhir (FYP) telah diadakan secara atas talian melalui platform Google Meet melibatkan pensyarah-pensyarah Jabatan Sains dan Matematik (JSM), Pusat Pengajian Diploma (CeDS). Taklimat ini telah disampaikan oleh penyelaras FYP Diploma Sains Gunaan (DAU), Puan Siti Fatimah Mohd Noor dan penyelaras FYP Diploma Teknologi Kejuruteraan Kimia (DAK) Dr Siti Noraiza binti Ab Razak.
Tujuan utama sesi ini adalah untuk memberikan penerangan berkenaan kriteria penilaian FYP terkini dan memastikan semua penilai memahami kriteria penilaian yang sama, seterusnya meningkatkan keadilan dan konsistensi dalam pemberian markah. Antara intipati penting yang dibentangkan termasuk panduan dan rubrik penilaian yang telah dimurnikan untuk penilai, komponen markah serta tatacara pelaksanaan penilaian semasa sesi pembentangan FYP.
Taklimat yang berlangsung selama hampir satu jam ini telah mendapat penyertaan aktif daripada semua pensyarah JSM dan memberi ruang kepada sesi soal jawab serta perkongsian cadangan penambahbaikan sistem penilaian sedia ada. Melalui sesi taklimat ini, diharapkan semua penyelia dan penilai dapat menjalankan tugas mereka dengan lebih strategik dan telus, sekali gus meningkatkan kualiti pelaksanaan projek tahun akhir pelajar.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
