Berita
Taklimat Latihan Industri 2, Tahun 2025, Jabatan Teknologi Maklumat
PAGOH: Jabatan Teknologi Maklumat, Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah berjaya menganjurkan satu sesi taklimat Latihan Industri khas untuk pelajar semester dua dari program Diploma Teknologi Maklumat (2 DAT) dan Diploma Teknologi Animasi (2 DAG). Taklimat ini telah berlangsung di Auditorium 3, bermula jam 2:30 petang hingga 4:30 petang.
Seramai 232 orang pelajar telah menghadiri sesi taklimat ini yang dikendalikan oleh dua penyelaras program, iaitu Puan Mizani binti Mohamad Madon (Penyelaras DAT) dan Encik Mohd Suhaimi bin Md Yasin (Penyelaras DAG). Penganjuran ini juga melibatkan Jawatankuasa Latihan Industri Pusat Pengajian Diploma UTHM. Antara isi penting taklimat termasuklah garis panduan pelaksanaan latihan industri, jadual penting, pemilihan organisasi latihan, serta pemahaman terhadap etika dan tanggungjawab semasa menjalani latihan di industri sebenar.
Para peserta turut diberikan peluang bertanya soalan secara langsung, membolehkan mereka memperoleh kefahaman yang jelas tentang persediaan dan prosedur yang perlu diikuti menjelang latihan industri. Taklimat ini dilihat sebagai satu langkah proaktif dalam menyediakan pelajar menghadapi realiti dunia pekerjaan dan diharap dapat meningkatkan keyakinan serta kesiapsiagaan mereka sebelum menjejakkan kaki ke alam industri.
Popular
-
Lawatan ke Industri Beri Pendedahan Kepada Teknologi Terkini Rawatan… -
Jadikan Diploma UTHM Pilihan Pertama Untuk ke Menara Gading -
Seramai 318 Pelajar CeDS Memperoleh Anugerah Dekan -
Artikulasi Kurikulum Bersama Kementerian Pendidikan Malaysia -
Projek Diploma Kejuruteraan Mekanikal Diiktiraf Industri di i-MECa21 -
Graduan CeDS Menerima Anugerah Khas Pada Konvokesyen Ke-16 -
CSR Nature Hero 2021 Wadah Tingkatkan Kepekaan Isu Alam Sekitar -
Advanced Global Project Based Learning 2.0 Wadah Kolaborasi Global -
Program Mobiliti Inbound Peringkat Antarabangsa Asah Kemahiran Reka B… -
Lawatan CeDS ke JPN Johor