Berita
Program Persijilan Kompetensi Pelajar CeDS Fasa 1/2025: Perkasa Kemahiran OSH-C Dalam Kalangan Pelajar
PAGOH: Seramai 59 orang pelajar daripada Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Kampus Cawangan Pagoh telah berjaya menamatkan Program Persijilan Kompetensi Pelajar Fasa 1/2025 yang berlangsung selama tiga hari bermula 28 hingga 30 Jun 2025.
Program ini merupakan hasil kerjasama strategik antara CeDS dan syarikat latihan industri, Cosmo Skills Sdn Bhd, dengan menfokus kepada penganjuran Kursus Persijilan Occupational Safety and Health Coordinator (OSH-C) yang diiktiraf oleh industri.
Kursus ini bertujuan memberi pendedahan dan kemahiran asas berkaitan peranan serta tanggungjawab sebagai Penyelaras Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH-C) di tempat kerja.
Sepanjang program, para peserta yang terdiri daripada pelbagai bidang seperti kejuruteraan elektrik, kejuruteraan awam, sains gunaan dan teknologi maklumat mengikuti modul-modul latihan yang merangkumi aspek pengurusan risiko, pematuhan perundangan OSH, pelaporan insiden, serta simulasi pengendalian situasi kecemasan.
Latihan ini telah disampaikan oleh dua orang penceramah profesional berpengalaman iaitu Encik Zulkapli Samdin dan Puan Atikah Mustafa, yang merupakan jurulatih bertauliah dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
Menurut wakil penganjur CeDS, pelaksanaan kursus OSH-C ini merupakan satu langkah proaktif dalam melahirkan graduan diploma yang bukan sahaja berpengetahuan dari segi akademik, tetapi juga memiliki pensijilan profesional yang relevan dengan kehendak industri, khususnya dalam sektor kejuruteraan dan teknikal.
Para peserta turut melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran secara teori dan praktikal, termasuk latihan berkumpulan dan sesi interaktif yang membina kemahiran komunikasi, kepimpinan serta kesedaran terhadap pentingnya budaya kerja selamat.
Dengan tamatnya program ini, para peserta layak menerima sijil penyertaan serta pengiktirafan kompetensi OSH-C, sekali gus menambahkan nilai tambah kepada profil akademik dan kebolehpasaran mereka selepas tamat pengajian. Kejayaan program ini diharap dapat diteruskan untuk kumpulan pelajar akan datang serta menjadi platform berterusan dalam memperkukuh kerjasama antara institusi pendidikan dan pihak industri.
Program Persijilan Kompetensi Kemahiran OSH-C
Popular
-
Lawatan ke Industri Beri Pendedahan Kepada Teknologi Terkini Rawatan… -
Jadikan Diploma UTHM Pilihan Pertama Untuk ke Menara Gading -
Seramai 318 Pelajar CeDS Memperoleh Anugerah Dekan -
Artikulasi Kurikulum Bersama Kementerian Pendidikan Malaysia -
Projek Diploma Kejuruteraan Mekanikal Diiktiraf Industri di i-MECa21 -
Graduan CeDS Menerima Anugerah Khas Pada Konvokesyen Ke-16 -
CSR Nature Hero 2021 Wadah Tingkatkan Kepekaan Isu Alam Sekitar -
Advanced Global Project Based Learning 2.0 Wadah Kolaborasi Global -
Program Mobiliti Inbound Peringkat Antarabangsa Asah Kemahiran Reka B… -
Lawatan CeDS ke JPN Johor