Skip to main content

Berita

Kejayaan Cemerlang Warga CeDS di RISE 2025

Oleh Ts Dr Hazlini binti Dzinun, Ts Inv. Dr Rafizah binti Mohd Hanifa
26 Jun 2025, 4:28 pm
Kejayaan Cemerlang Warga CeDS di RISE 2025

BATU PAHAT: Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada barisan penyelidik terdiri daripada staf dan pelajar atas kejayaan yang amat membanggakan dalam International Research and Innovation Symposium Competition (RISE) 2025 yang telah diadakan pada 25-26 Jun 2025 di Dewan Sultan Ibrahim, UTHM.

Pertandingan berprestij ini telah menghimpunkan penyertaan dari pelbagai institusi dalam dan luar negara, bagi mengetengahkan hasil penyelidikan dan inovasi terkini yang berpotensi memberi impak besar kepada komuniti, industri dan negara. Penyertaan aktif CeDS pada edisi kali ini menyerlah dengan pencapaian membanggakan apabila berjaya meraih enam anugerah emas dan empat anugerah perak serta tempat pertama bagi kategori staf (fundamental research) yang dimenangi oleh Ts Nur Azliza binti Ahmad.

Kejayaan yang diraih bukan sekadar satu pengiktirafan, malah menjadi pencetus kepada agenda pengembangan projek inovasi CeDS ke peringkat seterusnya. Beberapa projek yang diketengahkan mempunyai potensi besar untuk dilonjakkan ke peringkat pra-komersial, pembangunan prototaip aplikasi sebenar, serta pemerkasaan kerjasama universiti-industri-komuniti.

Dengan sokongan padu daripada pihak universiti, pemain industri dan agensi berkaitan, CeDS komited untuk terus memperkukuh budaya penyelidikan dan inovasi berimpak tinggi. Usaha ini bukan sahaja menyumbang kepada kecemerlangan akademik, malah berperanan besar dalam menjana penyelesaian kepada isu-isu semasa serta memberi nilai tambah kepada masyarakat dan negara.

Kejayaan ini sekali lagi membuktikan keupayaan dan ketulenan budaya inovasi dalam kalangan warga CeDS. Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin kepada pencapaian yang lebih gemilang pada masa hadapan, serta terus memperkukuh kedudukan UTHM sebagai universiti teknikal terunggul bertaraf global.

KetuaTajukPenarafan
Dr Noorul Hudai binti Abdullah Adsorption of Phosphorus onto Raw Hard Clamshell Through Up-Flow Column Reactor using Synthetic Water
Dr Noorul Hudai binti Abdullah Modified Iron-Coated Hard Clam Shells for Phosphate Adsorption Through Up-Flow Column Reactor: A Novel Physicochemical Approach to Water
Dr Noorul Hudai binti Abdullah Phosphorus Adsorption Equilibrium onto Raw Obtuse Horn Shell Through the Aqueous Solution: Kinetic, Isotherm and Prediction Contour
Ts Inv. Mahmod Abd Hakim bin Mohamad Cymbotech Cutter
Ts Nur Azliza binti Ahmad GIS-Based Temporal and Spatial Analyses of Lightning Ground Stroke Density in Peninsular Malaysia
Encik Mohamad Fazirul Rafiq bin Afandi He-Story Jump! Mat Kilau Side-Scroller RPG Game
Ts Dr Hazlini binti Dzinun Development of Translucent Flat Sheet Photocatalytic Membrane for Enhancement Degradation Efficiency
Dr Siti Samahani binti Suradi Biochar-Derived from Agrowaste Coated Composite Textile as Wastewater Filter Material
Sr Nornajihah binti Mohammad Yazid The Optimization of Marine Geoid Model from Altimetry Data using Least Squares Stokes Modification Approach with Additive Corrections Across Malaysia
  Saudara Sarvessvaaran a/l Thiagu DustAway+