Berita
Jabatan Kejuruteraan Awam Perkasa Perkongsian Ilmu Melalui Knowledge Transfer Program 2025

PAGOH: Jabatan Kejuruteraan Awam, Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Kampus Cawangan Pagoh telah menganjurkan Knowledge Transfer Program (KTP) yang berlangsung dengan jayanya melibatkan guru-guru dan murid-murid dari tiga buah sekolah iaitu SMK Tun Mamat, SK Seri Maju, dan SK Liang Batu.
Program ini telah dirasmikan oleh Dekan, Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Dr Muhammad Faizal bin Ismail, dan menampilkan Ts Dr Mardiha binti Mokhtar sebagai penceramah utama yang berkongsi ilmu dan pengalaman berkaitan bidang kejuruteraan serta cabaran dunia teknologi masa kini.
Antara pengisian utama ialah aktiviti Treasure of Wisdom, yang dijalankan dalam bentuk kuiz dan sesi soal jawab interaktif. Aktiviti ini bertujuan menguji pengetahuan am murid-murid sekolah serta memberi pendedahan awal kepada konsep-konsep asas dalam kejuruteraan awam secara santai dan menyeronokkan.
Para pelajar juga berpeluang mengunjungi Pameran Projek Akhir Tahun dan Inovasi Pelajar sempena Diploma Project Exhibition 2025 (DiPX2025) yang berlangsung di Dewan Serbaguna (MPH), Pagoh Education Hub. Selain itu, pameran ini memberi pendedahan langsung kepada murid-murid sekolah terhadap hasil inovasi dan projek kejuruteraan pelajar diploma.
Penganjuran program ini membuktikan komitmen Jabatan Kejuruteraan Awam dalam menyampaikan ilmu kepada komuniti luar dan memperkukuh jalinan antara universiti dan sekolah dalam usaha menyemai minat terhadap bidang kejuruteraan dan teknologi sejak peringkat awal.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
