Berita
Program Inspirasi Varsiti Dekati Pelajar Sekolah Menengah Bagi Promosi Program Pengajian Diploma UTHM
PARIT RAJA: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) meneruskan komitmennya dalam memperkasakan pendidikan tinggi menerusi penglibatan bersama program Inspirasi Varsiti yang diadakan pada 3 sehingga 5 Julai 2025 bertempat di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Kampus Parit Raja. Program anjuran Kementerian Pengajian Tinggi dan Majlis Kepimpinan dan Latihan Antara Universiti Malaysia (MAKLUM) dengan Kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Pejabat Hal Ehwal Pelajar UTHM ini bertujuan untuk memperkenalkan pelbagai program pengajian dan peluang kerjaya kepada pelajar sekolah menengah.
Pusat Pengajian Diploma (CeDS) telah diberikan kepercayaan untuk mengendalikan Slot 5 dalam program berkenaan iaitu “Jom Masuk U dan Kenali UTHM”. Slot ini telah disampaikan dengan penuh berkesan oleh wakil CeDS, Puan Nabiah Zinal, dengan sokongan daripada Ts Inv. Dr Mohd Shahir bin Yahya. Dalam sesi tersebut, Puan Nabiah telah berkongsi pelbagai maklumat penting berkaitan halatuju pengajian tinggi, peluang kemasukan ke UTHM, serta strategi-strategi utama yang perlu dikuasai oleh pelajar dalam merealisasikan cita-cita mereka untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Program ini telah menerima penyertaan memberangsangkan daripada tiga buah sekolah menengah iaitu SMK Seri Bali, SMK Dato’ Syed Esa dan SMK Tun Ismail dengan keseluruhan pelajar seramai 150 orang pelajar dan diiringi oleh 12 orang guru yang turut sama-sama hadir bagi menyertai program yang diadakan dalam suasana interaktif dan penuh inspirasi ini.
Puan Nabiah turut menekankan kepentingan membuat pilihan bijak dalam bidang pengajian yang selari dengan minat dan potensi diri, selain memperkenalkan kekuatan UTHM dalam bidang teknikal, kejuruteraan, teknologi TVET, serta keusahawanan.
Program Inspirasi Varsiti ini merupakan antara inisiatif KPT dan UTHM dalam menjayakan agenda pendidikan inklusif dan lestari, di samping memperkukuhkan jalinan bersama komuniti sekolah.
Popular
-
Lawatan ke Industri Beri Pendedahan Kepada Teknologi Terkini Rawatan… -
Jadikan Diploma UTHM Pilihan Pertama Untuk ke Menara Gading -
Seramai 318 Pelajar CeDS Memperoleh Anugerah Dekan -
Artikulasi Kurikulum Bersama Kementerian Pendidikan Malaysia -
Projek Diploma Kejuruteraan Mekanikal Diiktiraf Industri di i-MECa21 -
Graduan CeDS Menerima Anugerah Khas Pada Konvokesyen Ke-16 -
CSR Nature Hero 2021 Wadah Tingkatkan Kepekaan Isu Alam Sekitar -
Advanced Global Project Based Learning 2.0 Wadah Kolaborasi Global -
Program Mobiliti Inbound Peringkat Antarabangsa Asah Kemahiran Reka B… -
Lawatan CeDS ke JPN Johor