Berita
Bengkel Pembangunan Program Diploma Baharu WBL UTHM-MINDEF Berakhir Dengan Jayanya
PORT DICKSON: Bengkel Pembangunan Program Diploma Baharu berasaskan Work-Based Learning (WBL) telah berlangsung selama tiga hari bermula 29 Jun 2025 di Avillion Admiral Cove, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Bengkel ini merupakan kesinambungan daripada siri perbincangan terdahulu, termasuk lawatan ke Regimen Semboyan Diraja (RSD), dan bertujuan untuk memuktamadkan pembangunan program Diploma Teknologi Pengurusan (Komunikasi dan Informasi). Program akademik ini merupakan hasil kerjasama antara Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF), serta direka bentuk agar selari dengan mod pembelajaran berasaskan kerja versi terkini, iaitu Work-Based Learning 2.0 (WBL 2.0).
Bagi mencapai objektif bengkel, pelbagai pihak berkepentingan telah dijemput untuk bersama-sama menyumbang kepakaran masing-masing. Antara yang terlibat ialah wakil daripada MINDEF, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Malaysian Qualifications Agency (MQA), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), serta wakil UTHM yang terdiri daripada Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Pusat Pembangunan Akademik dan TVET (CAD), UTHM Bintara, dan Pejabat Pengurusan Akademik.
Bagi melancarkan perjalanan bengkel, sesi perbincangan telah dipecahkan kepada tiga kelompok utama. Setiap kelompok membincangkan serta memutuskan perkara-perkara berkaitan urus tadbir program, pematuhan terhadap keperluan bidang dalam dokumen MQA-01, serta pembangunan instrumen penilaian program.
Program akademik baharu ini dirancang untuk ditawarkan kepada anggota RSD yang mempunyai sekurang-kurangnya 10 tahun pengalaman kerja dalam bidang Juruteknik Komunikasi dan Informasi (JTKI). Pada fasa seterusnya, program ini akan diperluas kepada regimen-regimen lain dalam Tentera Darat Malaysia (TDM), sebelum diperluaskan lagi ke cabang perkhidmatan lain seperti Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Apabila dilaksanakan kelak, program ini diharap dapat memberikan nilai tambah kepada anggota RSD yang bakal menamatkan perkhidmatan mereka, sekali gus membuka laluan baharu kepada pengiktirafan akademik melalui pengalaman kerja sedia ada.
Bengkel diakhiri dengan pembentangan hasil perbincangan setiap kelompok, penggulungan dari Dekan CeDS, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), serta wakil MINDEF.
Popular
-
Lawatan ke Industri Beri Pendedahan Kepada Teknologi Terkini Rawatan… -
Jadikan Diploma UTHM Pilihan Pertama Untuk ke Menara Gading -
Seramai 318 Pelajar CeDS Memperoleh Anugerah Dekan -
Artikulasi Kurikulum Bersama Kementerian Pendidikan Malaysia -
Projek Diploma Kejuruteraan Mekanikal Diiktiraf Industri di i-MECa21 -
Graduan CeDS Menerima Anugerah Khas Pada Konvokesyen Ke-16 -
CSR Nature Hero 2021 Wadah Tingkatkan Kepekaan Isu Alam Sekitar -
Advanced Global Project Based Learning 2.0 Wadah Kolaborasi Global -
Program Mobiliti Inbound Peringkat Antarabangsa Asah Kemahiran Reka B… -
Lawatan CeDS ke JPN Johor