Berita
Kursus AutoCAD for Design and Drafting
PAGOH: Kursus AutoCAD for Design and Drafting telah dianjurkan dengan jayanya pada 30 Jun hingga 2 Julai 2025 di UTHM Kampus Pagoh. Program ini adalah hasil kerjasama antara Professional Industry Training Center (PIT-C), Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK), Pusat Pengajian Diploma (CeDS) dan UTHM Bitara.
Seramai 66 orang pelajar Tahun 2 dari Jabatan Sains dan Matematik kursus Kejuruteraan Kimia (DAK) terlibat dan ini merupakan kursus wajib bagi meningkatkan kemahiran teknikal serta kesiapsiagaan mereka untuk keperluan industri. Dua pengajar profesional dalam bidang AutoCAD dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK) iaitu Ts Dr Nurdalila dan Dr Mohd Haiqal telah dilantik untuk mencurahkan segala ilmu bidang mereka untuk keperluan para pelajar kelak. Seramai 11 ahli jawatankuasa terdiri daripada para pensyarah dan penolong jurutera dilantik untuk menjayakan kursus ini.
Objektif kursus ini adalah untuk memberi pendedahan asas kepada pelajar mengenai perisian AutoCAD dalam reka bentuk & lukisan teknikal, meningkatkan ketepatan dan kualiti lukisan kejuruteraan pelajar, mengukuhkan kemahiran teknikal pelajar dalam bidang Kejuruteraan Kimia dan menyediakan pelajar dengan kemahiran tambahan yang selari dengan keperluan industri semasa. Pada hari terakhir (2 Julai) para pelajar perlu mengambil ujian penilaian untuk melayakkan mereka mendapatkan Sijil Autodesk dan Sijil Kopetensi AutoCAD.
Kesimpulannya, kursus ini telah mencapai matlamat dengan jayanya dan semua pelajar berjaya menghabiskan kursus dengan cemerlang. Selain meningkatkan pengetahuan teknikal, ia juga berjaya menyemai semangat berpasukan dan profesionalisme dalam kalangan pelajar. Sijil Penyertaan telah disampaikan kepada semua peserta sebagai tanda penghargaan atas penyertaan dan komitmen mereka.
AutoCAD for Design and Drafting
Popular
-
Lawatan ke Industri Beri Pendedahan Kepada Teknologi Terkini Rawatan… -
Jadikan Diploma UTHM Pilihan Pertama Untuk ke Menara Gading -
Seramai 318 Pelajar CeDS Memperoleh Anugerah Dekan -
Artikulasi Kurikulum Bersama Kementerian Pendidikan Malaysia -
Projek Diploma Kejuruteraan Mekanikal Diiktiraf Industri di i-MECa21 -
Graduan CeDS Menerima Anugerah Khas Pada Konvokesyen Ke-16 -
CSR Nature Hero 2021 Wadah Tingkatkan Kepekaan Isu Alam Sekitar -
Advanced Global Project Based Learning 2.0 Wadah Kolaborasi Global -
Program Mobiliti Inbound Peringkat Antarabangsa Asah Kemahiran Reka B… -
Lawatan CeDS ke JPN Johor