Berita
Bengkel Penasihat Industri Mantapkan Kurikulum Program Diploma Teknologi Kejuruteraan Kimia (DAK)
PAGOH: Jabatan Sains dan Matematik, Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah berjaya menganjurkan Bengkel Penasihat Industri bagi Program Diploma Teknologi Kejuruteraan Kimia (DAK) pada 24 Jun 2025 (Selasa).
Bengkel yang berlangsung selama sehari itu bertujuan untuk mendapatkan input dan maklum balas daripada panel penasihat industri berkaitan penambahbaikan kurikulum serta memastikan kesesuaian program dengan kehendak semasa sektor pekerjaan. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan program DAK dalam menjamin kebolehpasaran graduan dan keberkesanan pembelajaran berasaskan hasil (OBE).
Panel Penasihat Industri bagi program DAK yang hadir pada bengkel tersebut ialah Puan Nor Jannatun Adni binti Ibrahim yang merupakan seorang Pengurus Kejuruteraan Proses, Samtec Plating (M) Sdn Bhd Dalam bengkel tersebut, panel penasihat industri diberi penerangan ringkas mengenai struktur dan pelaksanaan program oleh Ketua Program DAK, Ts Nurul Izzati binti Mohd Ismail, disusuli dengan pembentangan isu serta cabaran pelaksanaan program.
Sesi perbincangan kemudian diteruskan secara dialog dua hala yang melibatkan cadangan penambahbaikan terhadap kurikulum, hasil pembelajaran program (PLO), kemahiran insaniah, serta penglibatan industri dalam latihan pelajar.
Bengkel diakhiri dengan sesi rumusan dan penetapan tindakan susulan oleh pihak jabatan dan program. Panel penasihat industri juga menyatakan kesediaan untuk terus menyokong dan bekerjasama dalam usaha melahirkan graduan yang kompeten dan bersedia menghadapi cabaran industri.
Popular
-
Lawatan ke Industri Beri Pendedahan Kepada Teknologi Terkini Rawatan… -
Jadikan Diploma UTHM Pilihan Pertama Untuk ke Menara Gading -
Seramai 318 Pelajar CeDS Memperoleh Anugerah Dekan -
Artikulasi Kurikulum Bersama Kementerian Pendidikan Malaysia -
Projek Diploma Kejuruteraan Mekanikal Diiktiraf Industri di i-MECa21 -
Graduan CeDS Menerima Anugerah Khas Pada Konvokesyen Ke-16 -
CSR Nature Hero 2021 Wadah Tingkatkan Kepekaan Isu Alam Sekitar -
Advanced Global Project Based Learning 2.0 Wadah Kolaborasi Global -
Program Mobiliti Inbound Peringkat Antarabangsa Asah Kemahiran Reka B… -
Lawatan CeDS ke JPN Johor