Berita
Bual Bicara Bersama PAK DAU 2025: Kenali DAU, Bersedia Menuju Puncak!

PAGOH: Seramai 58 orang pelajar Tahun 1 Diploma Sains Gunaan (DAU) telah menyertai program Bual Bicara Bersama PAK DAU 2025 yang diadakan di Dewan Kuliah 4, Blok A1, UTHM Kampus Cawangan Pagoh.
Program anjuran Jawatankuasa Penasihat Akademik (PAK), Jabatan Sains dan Matematik, Pusat Pengajian Diploma (CeDS) ini bertujuan memperkukuh hubungan silaturahim antara pelajar dan penasihat akademik serta memberi pendedahan awal tentang hala tuju akademik dan struktur program DAU.
Sesi bual bicara ini menampilkan dua penceramah jemputan, iaitu Dr Norhaliza binti Abu Bakar, selaku Ketua Program DAU yang berkongsi mengenai struktur program dan keperluan akademik sepanjang tempoh pengajian di UTHM. Seterusnya, taklimat disampaikan oleh Puan Nuramirah binti Juma’at, Ahli Jawatankuasa Outcome Based Education (OBE) bagi program DAU, yang menjelaskan pelaksanaan OBE merangkumi aspek pendekatan pengajaran, kaedah penilaian serta strategi berkesan dalam mencapai objektif Outcome Based Learning (OBL) yang sejajar dengan piawaian kecemerlangan program.
Selain itu, program ini turut memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi secara langsung dengan penasihat akademik masing-masing melalui sesi soal jawab, sekali gus membuka ruang untuk berkongsi cabaran dan pengalaman sepanjang awal semester serta mendapatkan panduan dalam merancang kejayaan akademik mereka.
Penganjuran program ini merupakan langkah proaktif dalam memperkukuh kesiapsiagaan pelajar dari aspek mental, fizikal, emosi dan intelektual dalam menghadapi cabaran dunia pengajian. Usaha ini sejajar dengan visi UTHM untuk melahirkan graduan yang berilmu, beretika, berpandangan jauh serta berdaya saing di peringkat global.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
