Berita
Program Lawatan Sambil Belajar SMK Tun Dr Ismail Muar ke UTHM Kampus Pagoh

PAGOH: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Kampus Pagoh telah menerima kunjungan seramai 73 orang pelajar dan 4 orang guru pengiring dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Dr Ismail (STUDI), Muar dalam satu program lawatan sambil belajar yang diketuai oleh Cikgu Wong Min Xian, guru bimbingan dan kaunseling sekolah berkenaan. Ketibaan rombongan disambut oleh Puan Shazana selaku Ketua Promosi Pusat Pengajian Diploma.
Program dimulakan dengan sesi taklimat mengenai pengenalan UTHM dan Pusat Pengajian Diploma yang disampaikan oleh Dr Hazlini binti Dzinun, Timbalan Dekan Penyelidikan dan Penerbitan. Taklimat tersebut merangkumi informasi berkaitan program yang ditawarkan, syarat kemasukan serta kelebihan melanjutkan pengajian di UTHM. Seterusnya, para pelajar dibawa melawat ke Perpustakaan Gunasama Pagoh dan diberikan penerangan mengenai kemudahan yang tersedia. Lawatan diteruskan ke beberapa makmal dan bengkel pengajaran di kampus, di mana pelajar turut didedahkan kepada peralatan dan kemudahan yang digunakan oleh pelajar diploma, dengan penerangan disampaikan oleh Jurutera Awam makmal bertugas.
Sebelum pulang, para pelajar dan guru pengiring menikmati jamuan makan tengah hari sebagai tanda penghargaan. Rombongan kemudiannya bertolak pulang pada jam 1.00 tengah hari. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar sekolah menengah mengenai suasana dan kemudahan di institusi pengajian tinggi serta memupuk minat dalam diri mereka untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi pada masa hadapan.
Pusat Pengajian Diploma UTHM mengucapkan ribuan terima kasih atas kunjungan SMK Tun Dr Ismail Muar dan berharap hubungan kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
