Berita
CeDS Promosi Program Akademik UTHM di FELDA Lui Barat, Negeri Sembilan
BANDAR SERI JEMPOL: Seramai 98 orang pelajar Tingkatan 5 dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) FELDA Lui Barat, Negeri Sembilan telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Lawatan ini turut disertai oleh 8 orang guru pengiring termasuk Pengetua sekolah, Puan Latipah binti Mansor.
Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai peluang melanjutkan pengajian di peringkat diploma dan ijazah di UTHM, di samping meningkatkan kesedaran mengenai konsep meritokrasi yang diamalkan dalam sistem permohonan kemasukan pelajar ke universiti melalui UPUOnline.
Sesi taklimat promosi UTHM telah disampaikan oleh Ts Inv. Dr Mohd Shahir bin Yahya dari Pusat Pengajian Diploma (CeDS), yang berkongsi maklumat mengenai program akademik, kemudahan kampus, peluang biasiswa, dan prospek kerjaya graduan. Beliau turut menjelaskan bagaimana pemilihan program melalui UPU adalah berasaskan merit, iaitu gabungan pencapaian akademik (90%) dan kokurikulum (10%), yang menentukan kelayakan dan peluang pelajar untuk diterima masuk ke program pilihan.
Dalam sesi tersebut, pelajar diberi panduan strategi memilih program yang sesuai dengan minat, pencapaian, dan syarat kelayakan, agar mereka dapat memanfaatkan peluang UPU dengan bijak. Beliau turut mengingatkan bahawa persediaan awal, usaha gigih, dan pencapaian cemerlang akan meningkatkan kedudukan merit pelajar sekali gus membuka lebih banyak pilihan program di universiti.
Pihak SMK FELDA Lui Barat menyampaikan penghargaan kepada UTHM atas sambutan mesra dan perkongsian ilmu yang bermanfaat. Pihak universiti pula berharap program sebegini dapat memberi kesedaran kepada pelajar mengenai kepentingan meritokrasi dalam UPU, seterusnya mendorong mereka membuat perancangan akademik yang lebih strategik demi masa depan yang cerah.
Popular
-
Lawatan ke Industri Beri Pendedahan Kepada Teknologi Terkini Rawatan… -
Jadikan Diploma UTHM Pilihan Pertama Untuk ke Menara Gading -
Seramai 318 Pelajar CeDS Memperoleh Anugerah Dekan -
Artikulasi Kurikulum Bersama Kementerian Pendidikan Malaysia -
Projek Diploma Kejuruteraan Mekanikal Diiktiraf Industri di i-MECa21 -
Graduan CeDS Menerima Anugerah Khas Pada Konvokesyen Ke-16 -
CSR Nature Hero 2021 Wadah Tingkatkan Kepekaan Isu Alam Sekitar -
Advanced Global Project Based Learning 2.0 Wadah Kolaborasi Global -
Program Mobiliti Inbound Peringkat Antarabangsa Asah Kemahiran Reka B… -
Lawatan CeDS ke JPN Johor