Skip to main content

Berita

Anugerah Bitara Kirana 2025: Mengiktiraf Kecemerlangan Warga CeDS

Oleh Dr Junita binti Sulaiman
11 Ogos 2025, 6:50 pm
Anugerah Bitara Kirana 2025: Mengiktiraf Kecemerlangan Warga CeDS

BATU PAHAT: Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah melakar sejarah gemilang pada Majlis Anugerah Bitara Kirana 2025 berlangsung penuh meriah di Dewan Sultan Ibrahim, UTHM. Majlis ini menjadi wadah penghargaan kepada warga CeDS yang telah menzahirkan dedikasi, kecemerlangan, serta sumbangan luar biasa dalam bidang masing-masing.

Majlis ini turut menampilkan pengisian bermakna melalui persembahan penghargaan serta penyampaian anugerah kepada para penerima. Ia menggambarkan keprihatinan pihak pengurusan dalam mengiktiraf bakat, dedikasi, dan kecemerlangan warga CeDS yang telah memberikan sumbangan besar dalam aspek pembangunan akademik, penyelidikan, pentadbiran, serta khidmat bakti kepada universiti.

Anugerah Bitara Kirana bukan sahaja sebuah majlis penghargaan, tetapi juga satu suntikan semangat untuk warga CeDS terus berusaha mengekalkan budaya kerja berkualiti tinggi, penuh integriti, serta berorientasikan kecemerlangan.

Pusat Pengajian Diploma (CeDS) UTHM berbangga dengan pencapaian yang telah diraih dan berharap pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus memperkukuh kualiti pendidikan, profesionalisme, serta sumbangan kepada pembangunan negara.

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua penerima Anugerah Bitara Kirana 2025.