Skip to main content

Berita

Kursus Certified SolidWorks Professional Advance Weldment (CSWPA-Weldment) Tingkatkan Kepakaran Staf Akademik UTHM

Oleh Ts Inv. Mahmod Abd Hakim bin Mohamad, Ir Ts Muhammad bin Mohamed Salleh
20 Ogos 2025, 10:04 am
Kursus Certified SolidWorks Professional Advance Weldment (CSWPA-Weldment) Tingkatkan Kepakaran Staf Akademik UTHM

PAGOH: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) melalui Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV) dan IME Trading Sdn Bhd dengan kerjasama Unit Latihan dan Kursus, Pejabat Pendaftar telah menganjurkan kursus Certified SolidWorks Professional Advance Weldment (CSWPA-Weldment) pada 18 hingga 20 Ogos 2025 bertempat di Makmal CAD/CAM, Blok C, Kampus Pagoh. Kursus ini dikendalikan oleh Ir Ts Muhammad bin Mohamed Salleh, Felo Industri, Jabatan Pengajian Teknologi, FPTV. Program ini melibatkan seramai empat orang staf akademik Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Pusat Pengajian Diploma, iaitu Ts Inv. Mahmod Abd Hakim bin Mohamad, Ts Hj. Suhairi bin Ismail, Encik Mohd Najib bin Janon dan Encik Ghazali bin Kadis.

Penganjuran kursus ini bertujuan memperkukuhkan kepakaran warga akademik dalam bidang reka bentuk kejuruteraan menggunakan perisian SolidWorks khususnya modul Advanced Weldment. Menurut Ir Ts Muhammad bin Mohamed Salleh, kursus CSWPA-Weldment bukan sahaja menyediakan latihan teknikal terkini, malah memberikan peluang kepada peserta untuk memperoleh pensijilan profesional bertaraf antarabangsa, sekali gus meningkatkan kredibiliti serta daya saing mereka dalam industri. Para peserta menyatakan bahawa kursus ini telah memberikan pendedahan mendalam mengenai penggunaan SolidWorks Weldments dalam konteks aplikasi industri sebenar. Mereka juga merakamkan penghargaan kepada pihak universiti kerana menyediakan platform pembelajaran yang bermanfaat. “Kami ingin merakamkan ucapan setinggi-tingginya tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya menamatkan kursus ini dengan jayanya. Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya demi kecemerlangan akademik serta pembangunan teknologi UTHM”, ujar pihak penganjur. Secara keseluruhannya, kursus ini merupakan langkah proaktif UTHM dalam memperkasakan staf akademik dengan kemahiran bertaraf global, seiring dengan aspirasi universiti untuk menjadi peneraju dalam bidang pendidikan teknikal dan vokasional.