Berita
Program Sulam JKM CeDS 2025 Kukuhkan Jalinan UTHM Bersama Komuniti KV Muar

MUAR: Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) melalui Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), telah berjaya menganjurkan Program Service Learning Malaysia – University for Society (SULAM) di Kolej Vokasional (KV) Muar. Program ini berlangsung dengan penglibatan aktif para pensyarah dan pelajar dari kedua-dua institusi.
Matlamat utama penganjuran adalah untuk memperkukuh jalinan antara universiti dan komuniti setempat melalui pembelajaran berasaskan pengalaman. Antara pengisian menarik ialah Knowledge Transfer Program (KTP) yang dikendalikan oleh Encik Mohd Hadri bin Mohamed Nor selaku Pegawai Penyelaras Keselamatan (SLO) CeDS, di mana beliau berkongsi tentang kepentingan ilmu berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan kepada para pelajar.
Selain ceramah, turut diadakan aktiviti Hazard Identification, Risk Assessment and Risk Control (HIRARC) yang melibatkan kerjasama pelajar UTHM bersama pelajar KV Muar. Melalui aktiviti ini, mereka berpeluang mengaplikasikan teori yang dipelajari dalam konteks sebenar, sekali gus menambah kefahaman tentang amalan pengurusan risiko di tempat kerja.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Dekan CeDS, UTHM, yang merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur serta warga KV Muar atas sambutan mesra dan kerjasama yang diberikan sepanjang program.
Secara keseluruhan, SULAM JKM CeDS 2025 bukan sahaja memberi manfaat kepada komuniti KV Muar, malah memperkukuh peranan mahasiswa UTHM sebagai agen perubahan yang mampu menyumbang ilmu, kemahiran, dan nilai murni kepada masyarakat.
SafeXplorer KV Muar
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
