Berita
Bengkel Penyuntingan Artikel Pelajar Menggunakan Kecerdasan Buatan (ChatGPT) Anjuran CeDS

PAGOH: Jawatankuasa Penerbitan, Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Kampus Cawangan Pagoh telah menganjurkan Workshop on Revising and Editing Student Articles Using AI Tools for Beginners (ChatGPT) bertempat di Bilik Mesyuarat 5, Aras 1, Blok A1. Program yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang ini telah menarik penyertaan seramai 25 orang peserta yang terdiri daripada pelajar serta warga akademik.
Bengkel ini dianjurkan bagi memberi pendedahan asas kepada peserta tentang teknik penyuntingan dan pengeditan artikel menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI), khususnya melalui aplikasi ChatGPT. Seiring dengan perkembangan era digital, bengkel ini menjadi platform bermanfaat untuk memperkenalkan penggunaan AI dalam meningkatkan mutu penulisan akademik.
Sepanjang bengkel, peserta telah didedahkan dengan beberapa aktiviti pembelajaran interaktif yang menyokong penguasaan kemahiran penulisan, antaranya:
- Beginner-Friendly Guidance – penerangan asas mengenai penggunaan AI dalam penyuntingan artikel dengan cara yang mudah difahami.
- Hands-On AI Editing Practice – latihan praktikal yang membolehkan peserta mencuba sendiri proses mengedit artikel menggunakan ChatGPT.
- ChatGPT Prompt Skills – perkongsian teknik membina arahan (prompt) berkesan bagi menghasilkan penulisan yang lebih tepat dan berkualiti.
Keterlibatan aktif peserta sepanjang bengkel menunjukkan minat mendalam terhadap penerapan teknologi AI dalam dunia akademik. Melalui program ini, diharapkan ia dapat meningkatkan kemahiran penulisan pelajar, selain melahirkan generasi penulis muda yang lebih kreatif, inovatif dan bersedia menghadapi cabaran era digital.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
