Berita
Bengkel Penasihat Industri Perkukuh Kualiti Program DAM

PAGOH: Program Diploma Kejuruteraan Mekanikal (DAM), Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), telah menganjurkan Bengkel Bersama Penasihat Industri pada 24 Jun 2025 bertempat di Bilik Perbincangan CeDS, Bangunan A1, UTHM Kampus Pagoh.
Tujuan utama bengkel ini adalah mendapatkan maklum balas, idea serta khidmat nasihat daripada Penasihat Industri agar program DAM sentiasa selari dengan keperluan industri semasa dan masa hadapan. Bengkel ini turut menilai semula kurikulum sedia ada, membincangkan cadangan penambahbaikan, serta merancang pembangunan program baharu berdasarkan standard dan manual akreditasi Engineering Technology Accreditation Council (ETAC).
Bengkel ini melibatkan staf akademik Jabatan Kejuruteraan Mekanikal bersama Penasihat Industri, Encik Maizul Zaihan bin Solehan. Sebelum sesi bermula, beliau dijemput sebagai Panel Penilai Industri di Pameran Inovasi DiPX 2025 dengan menilai sepuluh projek terbaik pelajar DAM.
Melalui sesi ini, pelbagai input dan pandangan bernilai diperoleh untuk memperkukuh mutu pendidikan, seterusnya menyokong pelaksanaan jaminan kualiti program DAM agar kekal relevan dengan keperluan industri.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
