Skip to main content

Berita

UTHM Meriahkan Pameran Pendidikan dan Kerjaya di SMK Bertam Indah

Oleh Ts Inv. Dr Mohd Shahir bin Yahya, Fawwaz bin Mohd Nasir
02 September 2025, 1:46 pm
UTHM Meriahkan Pameran Pendidikan dan Kerjaya di SMK Bertam Indah

BERTAM: SMK Bertam Indah telah menganjurkan Program Pameran Informasi Pendidikan dan Kerjaya yang melibatkan penyertaan pelajar Tingkatan 2, 3, 4 dan 5. Program ini memberi pendedahan awal mengenai laluan pendidikan tinggi serta peluang kerjaya kepada pelajar.

Pameran ini turut disertai oleh beberapa institusi pendidikan awam dan swasta yang berkongsi maklumat berkaitan kursus serta peluang pengajian. Antara pempamer yang hadir mewakili Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) ialah Encik Fawwaz bin Mohd Nasir dan Ts Inv. Dr Mohd Shahir bin Yahya.

Para pelajar diberi peluang berinteraksi secara langsung dengan pempamer untuk mendapatkan maklumat, panduan serta motivasi dalam merancang masa depan akademik dan kerjaya. Pihak sekolah menzahirkan penghargaan kepada semua institusi yang telah menjayakan program ini.