Berita
UTHM Sertai Pameran Pendidikan dan Kerjaya Sekolah Anjuran PPD Seberang Perai Selatan

SUNGAI JAWI: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) melalui Pusat Pengajian Diploma (CeDS) dengan kerjasama Pejabat Pemasaran dan Komunikasi Korporat (PPKK) telah menyertai Pameran Pendidikan dan Kerjaya Sekolah anjuran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Seberang Perai Selatan.
Program yang berlangsung di PPD Seberang Perai Selatan, Sungai Jawi ini disertai oleh para pelajar dan guru dari sekolah menengah kebangsaan, sekolah swasta serta Kolej Pra-Universiti seluruh negeri Pulau Pinang.
Penyertaan UTHM dalam pameran tersebut bertujuan memperkenalkan program akademik yang ditawarkan di universiti berkenaan, di samping memberi penerangan mengenai syarat kemasukan ke program diploma menggunakan Web-Based Self Evaluation Tool (We-SET) serta syarat kemasukan ke program ijazah sarjana muda. Selain itu, pengunjung turut diberi maklumat mengenai kemudahan fasiliti dan produk kebajikan yang disediakan bagi menyokong kesejahteraan pelajar di kampus.
UTHM diwakili oleh Ts Inv. Dr Mohd Shahir bin Yahya dan Encik Fawwaz bin Mohd Nasir dari CeDS, manakala Encik Mohammad Zamri bin Ahmad serta Encik Mohamad Nur Eman bin Shahfri mewakili PPKK. Kehadiran mereka telah memberikan peluang kepada para pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan prospek pendidikan di UTHM.
Penyertaan dalam pameran ini sejajar dengan usaha berterusan UTHM untuk memperkukuh jaringan kerjasama dengan pihak sekolah serta memperluas capaian promosi universiti dalam kalangan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan pra-universiti di Malaysia.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
