Berita
Pagoh Innovation and Technology Competition (PITEC) 2025 Meriah di IKTBN Pagoh
PAGOH: Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Pagoh telah menganjurkan Pagoh Innovation and Technology Competition (PITEC) 2025 bertempat di Dewan Karisma, IKTBN Pagoh. Program ini berlangsung dari jam 8:30 pagi hingga 12:30 tengah hari dengan penglibatan pelbagai pihak termasuk warga IKTBN, institusi pendidikan tinggi, serta agensi berkaitan teknologi dan inovasi.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Puan Suzana binti Mohammed Zohdi, Pengarah IKTBN Pagoh, bersama-sama dengan Encik Muhammad Huzaimi bin Abdullah, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia Kementerian Belia dan Sukan (BPKB KBS), serta Encik Mohd Hafzam bin Osman, Pegawai Pejabat Belia dan Sukan Daerah Muar. Turut hadir memeriahkan acara ialah Encik Mohmad Hisam bin Mohd Adam, Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan, dan Encik Shah Ramle bin Sohop, Penyelaras PITEC 2025.
PITEC 2025 merupakan hasil kerjasama antara Kelab Belia Mahir Bandar Pagoh (KBMBP) dan Cawangan Program Khas (CPK) IKTBN Pagoh. Sebanyak 35 buah projek inovasi dalam empat bidang utama telah dipertandingkan, iaitu Kimpalan, Alatan Acuan, Mekanik Industri, dan Pemesinan Am.
Bagi memastikan ketelusan penilaian, seramai lima orang panel penilai luaran telah dijemput, terdiri daripada pakar akademik, industri dan institusi kemahiran. Mereka ialah:
- Encik Mohd Huzaimi bin Abdullah (Ketua Juri)
- Ts Inv Mahmod Abd Hakim bin Mohamad
- Ts Suhairi bin Ismail
- Ts Faizal bin Rusli
- Encik Mohd Khairul Nizam bin Ab Ghani
Daripada 35 projek yang dipertandingkan, hanya 12 projek terbaik berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir dan akan dipamerkan pada Pameran Inovasi Hari Kerjaya TVET ILKBS Zon Selatan 2025 × MYFutureJobs. Antara projek yang terpilih ialah:
- Stationary Box
- Sink Portable 3 in 1
- Wire Stripper Machine
- Bubble Soap
- Soap Box
- Coconut Shell Holder
- Roundbar Gripper
- Drawer Divider
- Flexibody Copper Bender
- Ez Can Juice
- Portable Mini BBQ Grill
- Coconut Coil Decomposer
Penganjuran PITEC 2025 bukan sahaja mencungkil kreativiti dan bakat inovasi dalam kalangan pelajar serta belia, malah menjadi platform penting dalam memperkasakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai pemangkin pembangunan modal insan negara.
Popular
-
Lawatan ke Industri Beri Pendedahan Kepada Teknologi Terkini Rawatan… -
Jadikan Diploma UTHM Pilihan Pertama Untuk ke Menara Gading -
Seramai 318 Pelajar CeDS Memperoleh Anugerah Dekan -
Artikulasi Kurikulum Bersama Kementerian Pendidikan Malaysia -
Projek Diploma Kejuruteraan Mekanikal Diiktiraf Industri di i-MECa21 -
Graduan CeDS Menerima Anugerah Khas Pada Konvokesyen Ke-16 -
CSR Nature Hero 2021 Wadah Tingkatkan Kepekaan Isu Alam Sekitar -
Advanced Global Project Based Learning 2.0 Wadah Kolaborasi Global -
Program Mobiliti Inbound Peringkat Antarabangsa Asah Kemahiran Reka B… -
Lawatan CeDS ke JPN Johor