Berita
Program Bersama Pemeriksa Luar Perkukuh Kualiti Program Diploma Teknologi Kejuruteraan Kimia

PAGOH: Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Kampus Cawangan Pagoh telah menganjurkan Program Bersama Pemeriksa Luar Diploma Teknologi Kejuruteraan Kimia (DAK) pada 1 hingga 2 Oktober 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat 5, Blok A1.
Program ini melibatkan kehadiran semua pensyarah program DAK serta Pemeriksa Luar DAK, Ir Dr Arman Bin Abdullah. Tujuan utama penganjuran program ini adalah bagi membincangkan beberapa perkara penting berkaitan penambahbaikan dan penjaminan kualiti program DAK.
Antara perkara yang dibincangkan termasuk semakan struktur kurikulum program, semakan dokumen Self-Assessment Report (SAR) bagi akreditasi ETAC, serta penyemakan semula Program Learning Outcomes (PLO) dan Program Educational Objectives (PEO) bagi memastikan keselarasan dengan kehendak industri dan badan profesional.
Melalui sesi perbincangan bersama pemeriksa luar ini, pihak fakulti memperoleh pandangan dan cadangan penambahbaikan yang amat bernilai untuk memastikan program DAK terus relevan serta memenuhi piawaian akreditasi semasa. Program ini turut menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan profesional antara pihak akademik dan pemeriksa luar demi peningkatan kualiti pendidikan teknikal di UTHM.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
