Berita
Festival Idea Johor (FIJ) 2025 Mencungkil Idea Produk UTHM
ISKANDAR PUTERI: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menyertai Festival Idea Johor (FIJ) 2025 yang berlangsung di EduCity Sports Complex (ESC), Iskandar Puteri, Johor dari 4 sehingga 5 Oktober 2025. Program berprestij ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Festival Idea Putrajaya, dan menjadi platform utama dalam menghimpunkan pelbagai institusi pendidikan tinggi awam dan swasta, agensi kerajaan, industri serta komuniti bagi mempamerkan hasil inovasi dan idea kreatif. Program ini telah mendapat perhatian Perasmi iaitu YBhg. Datuk Ts Dr Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. FIJ bertemakan Komuniti Bestari, Masa Depan Lestari, festival ini menekankan aspirasi masyarakat berpengetahuan sebagai pemacu pembangunan mapan negeri dan negara.
Turut mendapat perhatian adalah sesi Memorandum Perjanjian (MoA) antara UTHM bersama Komuniti Koperasi Hybrid Selatan Berhad telah dipilih bagi sesi pertukaran MoA sebagai simbol yang melambangkan satu langkah strategik dalam memperkukuh hubungan kerjasama antara UTHM, industri dan komuniti di bawah Skim Geran Penyelidikan Program Padanan Industri (IMaP). Perjanjian ini merangkumi pelaksanaan aktiviti penyelidikan, perundingan, pertukaran serta perkongsian maklumat, selain penglibatan komuniti dalam bidang teknologi lestari melalui projek bertajuk Enhancing Industrial Rabbit Feed: Innovations in Pellet Development. Projek ini telah dibangunkan oleh kumpulan penyelidik UTHM yang diketuai oleh Ts. Dr Hazlini binti Dzinun.
UTHM telah menyertai pameran ini melalui lima produk inovasi utama yang mewakili pelbagai kluster teknologi dan pembangunan produk. Antara produk yang terpilih oleh Jawatankuasa Penilai Reruai ialah:
- Roselle Young Agroprenuer – Prof. Madya Dr Fadillah binti Ismail
- Innovative Eco-Leather (Planthides): From Waste to Wealth – Ts. Dr Mohd Nazrul bin Roslan
- Cymbotech Cutter – Ts. Inv Mahmod Abd Hakim bin Mohamad
- Isobot – Ts. Muhammad Shukri bin Ahmad
- Smart Hydroponic Zero Karbon (Smart-HCO₂) – Prof. Madya Ts. Dr Siti Amely binti Jumaat (Slot Pentas Demonstrasi)
Kesemua projek ini mempamerkan kepakaran dan kreativiti penyelidik UTHM dalam bidang pertanian lestari, teknologi hijau, inovasi kejuruteraan, dan automasi pintar.
Menurut Timbalan Pengarah Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (CCIN) UTM, Prof. Madya Dr Sabrinah Adam, yang juga Pengarah Program FIJ 2025, penyertaan daripada UTHM dan institusi lain menunjukkan komitmen tinggi universiti dalam memacu inovasi tempatan serta memperkukuh jaringan industri dan komuniti Johor.
Secara keseluruhannya, penyertaan UTHM dalam Festival Idea Johor 2025 membuktikan kemampuan dan keupayaan universiti ini sebagai peneraju inovasi di peringkat nasional. Ia bukan sahaja memperkenalkan hasil penyelidikan dan produk tempatan ke peringkat lebih luas, tetapi turut menyumbang kepada matlamat Malaysia Madani dalam memperkukuh ekosistem inovasi dan komuniti berdaya lestari.
Popular
-
Lawatan ke Industri Beri Pendedahan Kepada Teknologi Terkini Rawatan… -
Jadikan Diploma UTHM Pilihan Pertama Untuk ke Menara Gading -
Seramai 318 Pelajar CeDS Memperoleh Anugerah Dekan -
Artikulasi Kurikulum Bersama Kementerian Pendidikan Malaysia -
Projek Diploma Kejuruteraan Mekanikal Diiktiraf Industri di i-MECa21 -
Graduan CeDS Menerima Anugerah Khas Pada Konvokesyen Ke-16 -
CSR Nature Hero 2021 Wadah Tingkatkan Kepekaan Isu Alam Sekitar -
Advanced Global Project Based Learning 2.0 Wadah Kolaborasi Global -
Program Mobiliti Inbound Peringkat Antarabangsa Asah Kemahiran Reka B… -
Lawatan CeDS ke JPN Johor