Skip to main content

Berita

Taklimat Penulisan Kertas Cadangan Perkasa Kemahiran Penulisan Dalam Kalangan Pelajar DAU

Oleh Dr Dilaeleyana binti Abu Bakar Sidik, Puan Siti Fatimah binti Mohd Noor
14 Oktober 2025, 8:26 pm
Taklimat Penulisan Kertas Cadangan Perkasa Kemahiran Penulisan Dalam Kalangan Pelajar DAU

PAGOH: Seramai 59 orang pelajar Diploma Sains Gunaan (DAU), Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menghadiri Taklimat Penulisan Proposal Siri 1: Writing of Introduction yang diadakan di Makmal Biologi Struktur dan Fungsi 2, UTHM Kampus Cawangan Pagoh.

Program ini bertujuan memperkasakan keupayaan pelajar dalam penulisan akademik, khususnya dalam menyediakan bahagian pengenalan bagi kertas cadangan projek tahun akhir. Melalui sesi penerangan yang disampaikan secara interaktif, pelajar didedahkan kepada struktur penulisan yang sistematik, teknik memperkenalkan topik kajian dengan berkesan serta kaedah membina kesinambungan antara latar belakang kajian dan objektif penyelidikan.

Menariknya, taklimat ini merupakan siri pertama daripada empat siri bengkel penulisan kertas cadangan yang dirancang untuk pelajar DAU. Setiap siri akan menumpukan kepada topik penulisan yang berbeza, termasuk penulisan sorotan kajian, metodologi kajian, dan perbincangan hasil kajian. Pendekatan bersiri ini diadakan bagi memastikan pelajar mendapat bimbingan menyeluruh serta panduan langkah demi langkah dalam menyiapkan kertas cadangan projek tahun akhir mereka.

Taklimat ini turut memberi penekanan terhadap kepentingan menulis pernyataan masalah dan jurang kajian dengan jelas, selain memberikan panduan praktikal untuk menghasilkan pendahuluan yang mampu menarik perhatian pembaca. Sesi ini diadakan bagi membantu pelajar memahami keperluan sebenar dalam penulisan ilmiah serta meningkatkan keyakinan mereka untuk mengemukakan kertas cadangan yang berkualiti dan berimpak tinggi.

Penganjuran program ini diharap dapat memberi manfaat besar kepada pelajar DAU dalam mempersiapkan diri menghadapi projek tahun akhir dengan lebih tersusun dan profesional. Inisiatif ini juga mencerminkan komitmen pihak jabatan dalam memperkukuh kemahiran penulisan akademik pelajar, sejajar dengan usaha melahirkan graduan yang berilmu, berfikiran kritis dan berkeupayaan menghasilkan penyelidikan berkualiti.